Nokia X2-00 Sebagai Pengganti Nokia 6233

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00

Semasa pulang beraya tempoh hari, saya telah berniat untuk membeli sebuah telefon bimbit (hp) yang baru untuk menggantikan hp Nokia 6233 yang semakin tidak sihat. Pada mulanya saya ingin membeli Nokia 6700 Classic (adik kepada Nokia 6300 dan Nokia 6233), namun disebabkan model ni sudah tidak dijual lagi, saya memilih sahaja hp yang berkenan di hati.

Pilihan pada masa tu adalah antara Nokia C5-00 dan Nokia X2-00. Disebabkan saya masih lagi menggunakan Nokia 5800 XM sebagai hp utama, saya membuat keputusan untuk mengambil Nokia X2-00 yang lebih murah dengan fungsi asas sebuah hp muzik.

Nokia C5-00

Nokia C5 kepunyaan Abah yang dibeli pada hari yang sama dengan X2

Apa yang menyebabkan saya mahu memiliki Nokia X2 adalah kerana kamera 5-megapixels dengan flash yang melengkapi hp ini. Seperti juga kamera 2-megapixels yang melengkapi Nokia 6233, kualiti gambar agak baik dalam keadaan pengcahayaan yang cukup.

Namun sedikit mengecewakan apabila flash kamera tidak mampu untuk memainkan fungsi pengcahayaan dengan baik. Gambar yang diambil dengan flash terbuka pasti mengalami masalah terlebih pengcahayaan (setakat penggunaan saya selama dua minggu).

Satu lagi kekurangan kamera Nokia X2 ialah tiada fungsi auto fokus yang menyebabkan gambar tidak tajam dan tidak jelas dalam keadan tertentu (seperti mengambil gambar dalam jarak sangat dekat). Tapi, tanpa fungsi auto fokus, kamera dapat dihidupkan lebih pantas (perbandingan dengan Nokia 5800 XM) dengan hanya satu klik di butang khas pada bahagian sisi kanan.

nokia X2 back red

Nokia X2 kelihatan agak klasik di bahagian depan, namun dengan penutup bateri aluminium di bahagian belakang, reka bentuk Nokia X2 tampak moden dan berlainan. HP ini juga sangat ringan (82g) dan agak nipis jika dibandingkan dengan hp yang pernah saya gunakan sebelum ini.

Dengan dua pilihan warna, iaitu biru putih dan merah hitam, saya lebih memilih untuk memiliki warna yang gelap. Namun disebabkan stok untuk warna itu sudah habis, saya berpuas hati sahajalah dengan warna yang lebih cerah (stok terakhir Nokia X2 di kedai tersebut daripada Zitron).

Nokia X2 didatangkan dengan memori kad bersaiz 2GB (pada harga lebih kurang RM420) dan saya telah minta untuk tukar dengan memori kad bersaiz 4GB (pada harga RM450 + Garmin percuma untuk Nokia 5800 XM sebagai ganti tak dapat X2 warna merah).

beliamuda: Gambar-gambar yang diambil dengan lensa Nokia X2-00 akan disiarkan dalam entri seterusnya… baru je buang lens guard tu hari ni.. 😛

6 thoughts on “Nokia X2-00 Sebagai Pengganti Nokia 6233

  1. Pingback: (Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: HTC Desire S: Kualiti Gambar dengan Kamera 5MP | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Pelan Xpax Baru (X2) Pada Kadar Murah, Panggilan 28 sen per 10 minit | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge