Membeli Belah Barangan Berjenama Dari AS Dengan vsHub Pada Harga Yang Murah

Salam sejahtera buat semua.

vsHub Share Program

Setiap kali ada produk baru diperkenalkan di peringkat global seperti gajet-gajet canggih (iPhone, iPad, PS3 dan sebagainya) mesti produk ni akan keluar dulu di Amerika Syarikat (AS) dan kita di Malaysia putih mata je la menunggu produk tu nak sampai ke Malaysia.

Saya ada beberapa orang rakan yang melanjutkan pelajaran je AS dan Australia. Pada masa tu (tahun 2008) mereka semua dah mula pakai iPhone, sedangkan di Malaysia, baru tahun lalu iPhone dibawa masuk oleh Maxis. Sama juga la dengan Blackberry (BB) dan Google Nexus. Lagi tak best bila gajet yang dibawa masuk tu mesti lagi mahal.

Sampai satu tahap, ada kawan saya sanggup mengirim duit ke AS semata-mata nak menyuruh kawannya membeli iPhone bagi pihak kakaknya. Apa yang mendebarkan ialah duit yang dihantar menggunakan Western Union tu bukanlah dihantar ke alamat penerima, sebaliknya penerima kena pergi claim duit tersebut. Nasib baik masalah dah selesai.

Kan best kalau ada servis yang boleh membantu kita mendapatkan produk terus dari AS. Tapi, ada ke syarikat yang menyediakan servis seperti ini? Tanpa disedari, memang ada rupanya.

Terdapat satu servis yang dinamakan vsHub (Virtual Shopping Hub) yang dimulakan oleh dua orang rakyat Malaysia dengan kolaborasi rakan kongsi di Amerika untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan penyediaan servis membeli belah dalam talian (online) ini, pengguna di Malaysia diberikan pilihan yang lebih baik untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan terus di AS.

vsHub- Members Home Page

Bahagian bawah ialah ‘US Shipping Address’. Maklumat di atas telah disunting semula.

Selepas mendaftar di laman web vsHub, pengguna akan diberikan ‘US Shipping Address’ yang akan menjadi alamat barang-barang tersebut dihantar. Kenapa alamat di AS? Sebab merchant di AS tidak menyediakan servis penghantaran ke luar negara dan kalau ada pun, sangatlah mahal servis penghantaran tu. Alamat di AS tu adalah alamat pejabat vsHub di AS. Kemudian, vsHub akan hantar barang tersebut ke alamat rumah kita, mengikut apa yang kita telah daftarkan dengan vsHub.

Jadi, setiap kali kita mahu membeli dengan merchant di AS, kita hanya perlu masukkan ‘US Shipping Address’ dan urusan penghantaran seterusnya akan disetelkan oleh vsHub. Biasanya penghantaran akan mengambil masa selama seminggu atau dua ke tiga hari untuk penghantaran ekpress.

beliamuda: Untuk langkah pertama, daftar dengan vsHub dan urusan pendaftaran ini adalah percuma sahaja. Caj hanya dikenakan apabila kita menggunakan servis vsHub. Jika anda ada apa-apa pertanyaan berkaitan dengan servis vsHub, sila tinggalkan dalam ruangan komen dibawah.

31 thoughts on “Membeli Belah Barangan Berjenama Dari AS Dengan vsHub Pada Harga Yang Murah

  1. sharing; yg tau.. bila my sis nak beli, dia akan selalu tengok nilai matawang..rendah or tinggi..
    then baru dia order..
    yang selalu dia cakap ialah… order melalui vshub… barang itu memang original…
    anak´s last blog about ..tolong sebarkanMy Profile

  2. Hi,

    I just registered after terpengaruh dengan you punya promotion.
    Hi3, Just want to inquire the shipping cost handle by vshub expensive or not.

  3. sebenarnya ada banyak lagi shipping provider mcm vshub ni,bolehlah try surf their website and compare which one is charging the lowest shipping rate. saya pernah guna VIAdress.com, servis ok,i choose FedEx priority shipping, 6 hari dah sampai. but later i found out shipping website yg lagi best dan canggih,kenapa? masa guna VIAddress tu, saya tak tau berapa shipping cost dan tax sampailah barang saya tu sampai ke warehouse VIAddress,then dia akan tanya nak ship now or consolidate,dan akan kira kos for shipping dan tax.tapi sy dapati these websites lagi canggih,kenapa?

    http://www.myamericanshopper.com/
    http://www.ishop-america.com/

    bila ada item yg kita berkenan, kita just isi order form masukkan info the item url,qty,size dll.mereka akan bagi quotation instantly, harga barang + shipping + tax dalam currency kita (RM) so kita dah tau berapa kos yg akan dibayar.jadi kita boleh membuat anggaran berapa harga sesuatu barang tu tanpa memberikan apa2 komitmen utk membeli kalau rasa tak berbaloi.the following are another list of shipping provider tp saya x pernah tgk detail servis yg diberikan except VIAddress tu le.

    http://myus2.myus.com/
    http://www.myshipperusa.com/
    https://www.viaddress.com/index.php

    kalau yg suka shopping fr UK plk blh tgk Alfasent

    http://www.alfasent.com/

    ok, selamat mencuba (mcm cuba resepi plk). selamat bershopping..

    • @Ujie,

      nak tanya la, klu pki viaddress tu, bila barang dah smpi M’sia, brng smpi kat kita terus atau kastam tahan dulu

  4. Hi..

    Memang pernah dengar pasal VSHub nih, n da register dah pon..tp tak seberapa nak yakin..
    Then, nak tanya..kalo sesapa dpt jelaskan..
    Macammaner dgn payment yer..saya taktau starting from kiter checkout item dr US Website store tuh…and how to make payment ke VsHub pulak?

  5. Hi, Lieza

    Selepas checkout, saudari akan diminta bayaran oleh penjual/merchant. Kebanyakan merchant terima bayaran kad kredit (Visa/Master) and ada sejumlah yang terima bayaran melalui PayPal seperti eBay. Setelah membuat bayaran, merchant akan menghantar invois order kepada emel saudari. Invois ini perlu diemel kepada invoice@vshub.com supaya kakitangan kami dapat menjejak order saudari. Kalau merchant ada emelkan tracking number, ini juga perlu diemelkan kepada kami supaya kami tahu bila barang-barang saudari sampai ke gudang kami.

    Selepas kami terima order saudari, kami akan emel notifikasi kepada saudari dan saudari boleh memilih “shipping option”. Kami akan mengemel “shipping invoice” dan saudari bolah membuat bayaran melalui kad kredit 3D, bank transfer ke bank akaun kami dan juga GIRO transfer seperti maybank2u, CIMB Click.

    Sekiranya saudari ada apa-apa lagi soalan, sila emel kami di enquiries@vshub.com dan kakitangan kami sedia membantu. Terima Kasih.

  6. mcm mne dgn cukai lak…brng yg kte oder dgn vshub ni xkne cukai ke atau cukai d uruskn oleh pihak vshub

    • Lagi senang, visit us at http://www.boutiquemalaysia.blogspot.com/ . Kita akan dapat barang dari USA yg anda suka dgn cara yg senang. Procedure nye as below:

      1. Anda akan email link barang yg anda suka.
      2. Kita akan reply within 24 hrs(usually within 12 hrs), dengan quotes (x termasuk kos penghantaran ke Malaysia). Instead, kita akan bagi option penghantaran dengan kos nye sekali.
      3. Jika anda decide untuk proceed, 70% deposit requested. 70% deposit ini adalah untuk memastikan anda betul2 mahu membeli barang tersebut.
      4. Kita akan place order dengan retailer baranga tersebut, bila barang sampai ke alamat kita (USA), kita akan contact anda, dan anda akan menjelaskan baki bayaran.
      5. Kita akan hantar barang tersebut terus ke alamat anda di Malaysia, tracking and proof of shipment will be provided. Kita akan hantar dgn cara2 yg smooth supaya anda tidak perlu membayar cukai import.

      Please feel free to visit our blog!

      Aneeka Kareem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge