Salam sejahtera buat semua.
Antara pengajaran terawal yang saya dapat semasa mula memasuki cell production Celestica ialah perlu pandai bermain wayang. Apakah wayang yang dimaksudkan di sini?
Perlu dijelaskan di sini yang saya adalah seorang anak jati Kelantan. Celestica adalah sebuah kilang yang berada di Kedah dan saya ditugaskan di bahagian cell production yang majoriti pekerja yang berada di sini adalah orang Kedah.
Jadi, terdapat sedikit renggaman bahasa di antara saya dan mereka walaupun saya ada kemampuan untuk bertutur dengan mereka megikut loghat utara (saya pernah belajar di MRSM Transkrian, Pulau Pinang selama tiga tahun).
Sedang mengambil profil untuk PCB
Ada sesetengah kosa kata yang agak janggal di telinga saya, tapi saya cuba untuk memahami berdasarkan konteks ayat yang disampaikan. Dalam perbualan pertama saya dengan Din (pekerja Celestica yang berada di Selective Wave, berumur 18 tahun – saya pun terkejut pada awalnya), dia menekankan tentang wayang.
Apa kejadahnya wayang ni? Selepas berapa ketika barulah saya faham apa yang dimaksudkan. Kedudukan Selective Wave ni sangatlah strategik. Strategik di sini maksudnya menjadi tempat tumpuan ramai. Di sebelah atas ada ofis Cell 1 (menempatkan jurutera dan pengurus – mereka memakai smock putih).
Kebetulan juga ada satu pintu yang menjadi laluan keluar masuk barangan dan stok yang dibungkus di dalam Cell 1. Di atas pintu ni ada satu CCTV yang tepat mengarah ke bahagian Selective Soldering. Apa yang kita boleh jangkakan dalam keadaan seperti ini?
Orang lain punya kerja, tapi saja menyibuk
Di tempat tumpuan sebegini, memainkan wayang adalah suatu cara untuk survival yang wajib. Kalau kau tak pandai main wayang, alamatnya kau boleh jadi bahan oleh mereka-mereka yang memakai smock putih. Mereka pun main wayang juga. Jadi, kena bijak dalam hal macam ni.
Kesilapan pertama saya ketika berada di sini adalah berkaitan dengan keselamatan (safety). Kena pula dihadapan ketua EHS (Environment, Health and Safety). Masa ni baru hari pertama berada di Selective Wave. Memang nasib badan dah nak kena, walaupun kesalahan tu bukanlah berpunca daripada saya, tapi takkanlah saya nak salahkan orang yang melakukannya, terutama apabila dia senyap sahaja pada masa tersebut di depan kita?
Lepas tu lah Din sebut pasal wayang. Minggu kedua (minggu lepas), Pie pun sebut pasal ni jugak (pekerja Celestica yang berada di Selective Wave juga, berumur 26 tahun dan dah kahwin – kawan Din). Wayang ni tak susah dimainkan kalau kita betul-betul ada kerja. Tambah-tambah saya akan jadi fokus semasa sedang melakukan kerja.
Tapi dua hari terakhir minggu kedua (Khamis dan Jumaat), saya sangat lapang disebabkan tiada PCB (Printed Cicuit Board) yang dihantar ke sini, cuma beberapa PCB yang perlu dibuat semula sahaja (rework). Masa inilah sangat mencabar sebab kau perlu pandai mainkan wayang agar tak pasal-pasal “disapa mesra” oleh pemakai smock putih. Nasib baik saya ada peluang untuk berada di Wave Machine (satu lagi tempat yang saya turut ditugaskan, tapi buat masa ni tiada apa yang boleh saya lakukan di situ).
Kesimpulannya, saya baru sahaja memulakan wayang saya di sini. Benda tak elokkah wayang itu? Bergantunglah pada tujuan anda melakukan wayang itu!
beliamuda: Berada dalam lingkungan operator yang rata-rata mendapat pendidikan setakat SPM memang nyata berbeza. Pemikiran, gaya hidup dan sikap mereka adalah suatu yang masih jauh dengan saya. Menarik untuk diteroka sepanjang lapan bulan di sini (kebanyakan operator adalah wanita).
Wayang permainan kehidupan..:D
Che Daisy´s last blog about ..Balik kampung..OoooO..balik kampung..!!!
men wayang kulit kat situ…
mesti perform…
ahahaha…
😀
@supel, haha.. mesti ar kena perform habeh. 😀
hehe…layan…
princeduyong´s last blog about ..AKAL SEMPIT
main wayang sedap sikit
jgn wak wayang murahan sudah la
berwayang biar bertempat
agar wayang yg dimainkan tidak memakan diri
aih, kawe tak sempat lg nk ambil gambar tmpt kijo
kamera tak leh bawa masuk
@penaberkala, haha.. tu la pasal. kena bertempat jugok. so far takde la wayang sangat, cuma kena berhati-hati sikit. hp boleh jah bawa masuk, cuma tok leh amik gambar. tapi, apakan daya.. kalau dah bawa masuk…
loghrat utara terbaik
ahhahaha
@Wan Perlis, tu dia… (sebut dalam loghat utara)
haha sesiapa saja boleh menjadi pemain wayang terbaik.
selamat menyelami permainan wayang mereka. semoga cik belia dilindungi Allah selalu 🙂
manusia mmg ramai yg menjadi pemain wayang. kadang2 ianya perlu. apatah lagi nak mengelakkan kita menjadi mangsa si ‘buaya’ yg tak mengenal mangsa yg boleh ja menunding ekornya ke arah org lain 🙂
@nazra, nasib baik setakat ni tak pernah jumpa lagi ‘buaya’ tu.
Pingback: Gaya Rajin Yang Sebenar | beliamuda {dot} com