Salam sejahtera buat semua.
Sepanjang yang saya ingat, Piala Dunia yang diadakan selama empat tahun sekali ni memang tak pernah pun dapat dinikmati dengan baik sebab ada sahaja perkara yang menghalang. Rakan-rakan yang sebaya pun lebih kurang la. Selalu sebut pasal hal ni.
Nak tahu? Baca di bawah…
Piala Dunia 1998 – Baru Darjah Tiga. Tak reti dan tak faham sangat pasal bola.
Piala Dunia 2002 – Tingkatan 1. Baru masuk MRSM Transkrian. Tak boleh nak tengok bola pada masa tu. Pun masih tak reti sangat lagi nak tengok bola.
Piala Dunia 2006 – Tingkatan Lima. Tahun SPM dan masih berada di MRSM PC. Memang tak boleh layan bola juga. Cuma perlawanan akhir je boleh tengok. Tu pun ada tragedi berdarah (geng PC je tahu).
Piala Dunia 2010 – Baru mula praktikal di Celestica Kulim (CMY). Letih yang amat sebab kerja dari pukul 8-5.30. Tak sempat juga nak layan bola. Kali pertama tengok perlawanan penuh masa Argentina lawan Nigeria.
Piala Dunia 2014 – Anak pertama lahir? 😛 (kata nak kahwin umur 24-25)
beliamuda: Idea spontan datang di kala kepala otak sedang letih. Minggu kedua praktikal. Lagi 30 minggu menanti.
samalah ngan aku. tapi aku mule tonton world cup tahun 2002 cuz abang and kakak tengok. mule mule tak minat bola pastu minat tu timbul.lagu world cup yang aku mule dengar adalah daripada Ricky Martin.memang best!