Salam sejahtera buat semua.
Kredit kepada jurugambar – Luqman (rumet)
[Lagu tema: Raihan – Bersatu]
Hari ini, buat kesekian kalinya, aku keluar lagi dengan rakan-rakan ke Batu Gajah semata-mata untuk menemani Akmal yang kerisauan dengan duitnya yang bernilai RM1800 yang tidak diketahui statusnya. Duit itu telah dihantar ke AS, namun proses penghantaran bukanlah terus masuk ke akaun bank. Guna servis Western Union. Aku pun tak reti pasal benda ni.
Terlanjur kemudiannya, kami berempat lanjut lagi ke Lata Kinjang. Jauh juga rupanya. Ingatkan kalau nampak sejengkal dua je masa semak peta dalam Google Map tu dekat la. Akmal yang dah pernah datang pun terpaksa berpusing dua kali sebab terlajak cabang. Tak kisah, asal jangan terlajak kata, terlajak cabang boleh dipatah balik semula.
Sampai di sana, dah semangat nak pilih tempat atas sekali. Panjat la juga tangga yang ada sebab nak ambil kawasan paling atas tu. Sampai kat atas, laju je rakan-rakan ni masuk dalam air. Aku je la yang dibiarkan terkapai-kapai suruh ambil gambar dulu. Dua tiga kali juga la aku tergelincir sebab batu licin sangat. Nasib baik Nokia 5800 XM tu tak terlepas je. Kali ketiga tergelincir, luka terus ibu jari kaki. Ok, rilek je, asal jangan hati yang terluka sebab luka luaran ni senang je sembuh.
Kat atas tu, ada satu jambatan gantung. Tak naik pun, sekadar tengok je. Tiba-tiba teringat satu analogi pasal jambatan gantung ni.
Ada satu kumpulan, mereka dalam proses nak melalui jambatan gantung tu. Entah macam mana, jambatan gantung tu boleh runtuh. Masa tu dah ada satu kelompok yang dah tiba ke seberang, sementara satu lagi masih lagi belum melaluinya. Entah ada entah tidak orang yang jatuh.
Kelompok yang dah berada di seberang ni terpaksa la fikir macam mana nak selamatkan rakan-rakan mereka yang lain. Yang kelompok satu lagi ni pasrah je melihat diseberang sungai.
Tanpa diduga, kelompok di seberang tiba-tiba bertelagah sebab tak dapat nak capai keputusan terbaik untuk selamatkan rakan-rakan diseberang. Berpecah la mereka kepada dua. Rakan-rakan yang belum selamat lagi tu dah mula putus harapan dengan rakan-rakan mereka ni.
Akhirnya, kumpulan bertelagah yang dah selamat berlalu pergi begitu sahaja tanpa dihiraukan lagi rakan mereka. Masing-masing dah lupa matlamat asal. Rakan-rakan yang diseberang ni masih lagi berusaha untuk menyeberang sungai tu.
Kesudahannya? Bila aku ingat balik, aku bagi jawapannya.
—
beliamuda: Ada sekali tu, nak pilih tempat lepak di bahagian bawah, boleh pulak ambil masa lama sangat sebelum buat keputusan. Apa la yang bakal jurutera ni fikir sampai lama sangat? Hampir semua faktor nak kena kaji dulu ke? Akhirnya, letak juga beg tu kat tempat asal yang dicadangkan. Aish…
mesti tronoh selalu tak ada air sampai kena singgah mandi kat tapah kan. hahaha.
.-= emosah´s last blog ..flying colours =-.
@emosah, pergh.. byk je air kat tronoh. paay2 besar ada di sekitar bandat Tronoh ni.
dah lama kawe xmandi air terjun ni..hehe
sejuk & menyegarkan…
tidak lupe juge kredit utk apam balik luqman yg panas & sedap dimakan. nyum2..
\(^_^)/
@supel, yeah~ mmg sedap dan nyum2~
salam
budah emo: diam arr..pi duduk zoo sana tu
eleee. nipi..ko lg teruk..jalan yg paling belakng..pastu bila masuk air, tunggu suasana dah stabil.. safety la pulak..
credit to pemandu yg berhemah tinggi, mr akmal..
.-= luqman hakim´s last blog ..Ingin mendaki gunung pada umur 60 tahun~~ =-.
@luqman hakim,
macam anda tak pernah emo jer. btw, knp berminat sgt dengan zoo??? nak buat intership kat sana ek??
.-= emosah´s last blog ..flying colours =-.
@luqman hakim, mesti la safety beb. Harap je blaja HSE and Pro Safety. Kalau tak praktik, apa kes?
x ajak lagi
.-= hazwan´s last blog ..Post Mortem Oreo =-.
@hazwan, aish.. lalu~
lata kijang ke, lata kinjang?
best x tempat tu?
.-= ikin´s last blog ..cuti =-.
@ikin, Lata Kinjang~
tak pernah pegi lagi… tatau la bile nk pegi… dah nk grad dah nih.. hahaha…
.-= Pisyek´s last blog ..Cara terpantas selesaikan Rubik =-.
@Pisyek, bolehnya nanti.