Salam sejahtera buat semua.
Kepada seluruh umat Islam, sama-samalah kita membaca doa Qunut Nazilah dalam solat sebagai cara bantuan kita kepada konvoi NGO dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang sedang ditimpa musibah natijah daripada serangan Rejim Zionis ke atas Kapal Konvoi LL4G.
Dibawah ialah bacaan Qunut Nazilah.
Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Anda juga boleh muat turun bacaan Qunut Nazilah dalam format PDF dengan klik pautan di bawah:
<< Bacaan Pendek || Bacaan Panjang >>
beliamuda: [1] Bacaan Qunut Nazilah boleh dilakukan dalam rakaat terakhir selepas rukuk setiap kali solat. [2] Sama-samalah kita berkongsi dengan rakan kita dan turut sama membacanya.
harap dgn tersinggung ya dgn lawak che daisy tu..just kekadang terpikir..mesti pernah terjadi situasi mcm tu..ish2..payah ler kerja para ustaz kalau dpt anak murid mcm tu..
.-= Che Diasy´s last blog ..Feel the Spirit…Find the Goal =-.
assalamualaikum,jrg btl kte dpt tgk org buat qunut nazilah ni kan?aku ingat klu kte buat dh tentu org2 y tgk tkejut,lg2 klu solat bjemaah,klu imam buat dh tentu makmum tpinga2,imam ni btl ke x btl ktenya.
@al qassam, itu maknanya makmum pun agak cetek ilmu. banyak keadaan hampir serupa yang terjadi dalam masyarakat kita.
syukran…=)
Assalaamu’alaiku, ijin download doa qunutnya, jzklh
mintak share….
sy tk pandai bc jawi or arab.mana boleh dpt baccaan melayu.arab terjemah melayu.thnks
Terjemahan ada ditunjukkan dalam maksud di bawah gambar doa Qunuz Nazilah yang ditunjukkan.