Salam sejahtera buat semua.
Saya tidak pernah menyangka saya akan kehilangan kesempatan untuk mengemaskini blog lebih daripada seminggu. Bukan masa yang tiada menjadi penghalang. Masa masih ada dan kekal 24 jam seperti biasa.
Menyingkap entri terakhir sebelum ini iaitu jejaka yang hot meletup dabom, saya mengjangkakan akan mengisi entri seterusnya dengan entri dalam kategori Melodi d’Hujung Minggu dengan lagu Keterlaluan. Namun lain hal, lain keterlaluan yang terjadi.
Pagi Sabtu minggu lalu, suatu hal yang tidak diduga telah terjadi pada laptop saya. Setelah simptom-simptom yang berlarutan hampir lapan bulan yang lalu, ianya mencapai tahap kritikal pada hari itu. Saya ceritakan di lain kali sahaja.
Ringkasnya, apa yang terjadi itu telah menyebabkan masalah dan stress yang hampir-hampir sahaja buat saya hilang akal. Semuanya hilang dalam sekelip mata. Dengan kesibukan dengan akademik sekarang ni, boleh pulak datang masalah lain.
Saat aku kehilangan kata-kata, aku tercari-cari nukilan lama. Namun ianya telah hilang buat selamanya. Adakah kau tahu betapa pedihnya hati bila memikirkannya?
Akhir sekali, saya masih lagi ada di dunia ini dan inilah kemaskini saya untuk kali yang seterusnya.
beliamuda: 9 Mac nanti, genaplah usia blog ini setahun.
jom gune desktop pulak… haha…
.-= Pisyek´s last blog ..Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.
Salam penuh ceria,
Apa yang berlaku adalah ujian.Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah SWT lebih baik untuk kita.Harap bersabar.
xleh recover balik ke data2 tu. klau dpt half je pun kira ok la.
aku selalu backup kat external aku yg 2 biji lagi.
so aku ada 3 disk yg simpan data yg sama.. haha
.-= zaryl´s last blog ..Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen =-.
@zaryl, data dalam D dapat semua. Data dalam C tu tak dapat. masih diusahakan.
ooo .. disk corrupted
simpan fail yg penting dan selalu guna kat google docs, external hard disk or box.net 🙂
buat partition bro .. fail penting dalam partition yg bukan install OS
.-= hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan =-.
@hydir, tu la. baru nak ambil iktibar. T_T
selamat ulangtahun beliamuda. diam diam ubi ko eh? hoho
.-= naz´s last blog ..Optimize SEO Blog Melalui Profile Twitter Anda =-.
@naz, diam2 ko lagi la berisi. tup2 dah ada blog len. ^_^
alahai..kesiannya awak.. <<–ko ingt aku nak tulis ayat mcm nie??
hehe.. sabo je la yea rumate.. kesian gak tengok ko monyok je..tapi nak buat camne, xkan la ko nak suruh aku pujuk ko macm anak dara kan..kan ..kan,,
so, aku pujuk gaya teruna je.. "hoi, apa sedih2 bro..xcool arr"..heheh
.-= terry bogart´s last blog ..Minggu yg Best BerMula =-.
@terry bogart, ko pujuk pun tak efek kot. kena orang lain pujuk gak. 😛
ribut dah reda belum? klau dah reda, alhamdulillah 🙂
@nazra, sudah sedikit reda.
Nifi..pertama kena bersabar. Saya pun tak pasti apa masalah utamanya. Tapi nampak gaya macam berat beban yang terpaksa ditanggung. Begitulah kehidupan pasti ada perkara yang tak terjangka.
@Motivasi Kerja, terima kasih.
dal lame tak join this web.rindu pulak rasenye.
to belia muda,apa khabar?to yg lain2 yg mengenali,
berjumpa kita sekali lagi.yg x kenal tu,selamat
berkenalan…!
@apis, alhamdulillah, sihat je.