Program Biasiswa Khazanah Global

Salam sejahtera buat semua.

biasiswa khazanah global

Program biasiswa Khazanah Global adalah anugerah biasiswa yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan Pasca Ijazah di universiti terbaik di dunia. Tambahan lagi, penerima anugerah biasiswa akan diberikan latihan di organisasi terkenal di Malaysia.

Tempoh masa biasiswa diberikan adalah untuk keseluruhan waktu pengajian, seperti yang tercatat dalam tawaran pengajian, namun tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Program biasiswa ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang merancang untuk meneruskan atau sedang berada dalam pengajian di peringkat Ijazah dan Pasca Ijazah di universiti terbaik di dunia di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Universiti yang ditawarkan:

  • Australian National University
  • California Institute of Technology
  • Cambridge University
  • Columbia University
  • Cornell University
  • Duke University
  • Harvard University
  • Imperial College London
  • Johns Hopkins University
  • London School of Economics
  • Massachusetts Institute of Technology
  • Oxford University
  • Princeton University
  • Stanford University
  • University College London
  • University Melbourne
  • University of Chicago
  • University of Pennsylvania
  • University of Sydney
  • University of Warwick
  • Yale University

Bidang pengajian yang ditawarkan; Ijazah, Sarjana ataupun Kedoktoran:

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Pelaburan
  • Guaman
  • Sains Aktuari
  • Kejuruteraan Bio
  • Bio-informatics
  • Teknologi Bio (Bio-tech)
  • Biologi Molekular
  • Teknologi Makanan
  • Genomics
  • Elektronik
  • Elektronik Mikro
  • Sains Bahan
  • Teknologi Nano (Nano-tech)

Syarat dan Kelayakan

Umum

  • Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.
  • Kenyataan peribadi (baca: personal statement) untuk pengajian Ijazah dan ringkasan penyelidikan untuk pengajian pasca ijazah adalah diperlukan.
  • Pemohon perlulah mempunyai kejayaan akademik yang cemerlang dan kosisten seperti berikut:

Untuk Pengajian Asasi

  • Memperoleh keputusan minima 8 1A di dalam keputusan SPM.
  • Tidak melebihi umur 18 tahun semasa tarikh pendaftaran untuk pengajian asasi.

Untuk Pengajian Ijazah Pertama (Sarjana Muda)

  • Memperoleh minima 3A, 1B untuk A-Level.
  • Memperoleh minima CGPA 3.50 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
  • Memperoleh tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian di universiti terkemuka.
  • Tidak melebihi umur 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian peringkat Ijazah.

Untuk Pengajian Ijazah Sarjana

  • Memperoleh minima Ijazah dengan Kepujian Kelas Kedua (Atas) untuk pengajian peringkat ijazah.
  • Memperoleh tawaran untuk meneruskan pengajian di universiti terkemuka.
  • Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian peringkat Sarjana.

Untuk Pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD)

  • Memperoleh kepujian atau gred purata ‘A’ atau setaraf (jika menggunakan sistem poin) di peringkat pengajian Sarjana.
  • Memperoleh tawaran untuk meneruskan pengajian di universiti terkemuka
  • Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian peringkat Kedoktoran.

Biasiswa akan meliputi bayaran yuran tuisyen, belanja harian, penginapan dan pembangunan dan sokongan latihan. Penerima biasiswa akan terikat dengan Khazanah.

Cara untuk memohon

Permohonan boleh dilakukan melalui dalam talian. Hanya permohonan dalam talian sahaja yang akan diterima.

  • Sila cetak salinan borang permohonan yang lengkap untuk simpanan sendiri. Pemohon boleh melihat dan meminda borang permohonan sehingga tarikh tutup.
  • Nombor pengenalan unik akan diberikan secara automatik sebaik sahaja borang permohonan dalam talian dihantar. Sila cetak nombor pengenalan untuk salinan anda. Pemohon memerlukan nombor pengenalan untuk menyemak atau meminda borang permohonan dalam talian mereka.
  • Nombor pengenalan calon yang berjaya akan disenarai pendek untuk temuduga boleh disemak di laman web permohonan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2010. Mohon sekarang di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge