Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2010.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.

Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my :

  1. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 19 Mac 2010
  2. Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010

Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 hingga 8 April 2010. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:

  1. Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan
  2. Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http:// www.mara.gov.my :

Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 30 Mac 2010

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 (2 talian). Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4435 dan 03-8316 4055. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my.

Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2691 5111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http:// www.jpa.gov.my dan laman web http:// www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2010.

Iklan ini dikeluarkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM

58 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009

  1. salam..
    saya pon nk tau bila result PILN 2010 ni keluar?
    and nk tnye knapa ade sesetngah pelajar yg dah dpt jawapan & stgh belum?
    cthnye mcm pelajar ke jepun & US dah pun dpt panggilan dari JPA.
    keputusannya mmg diberitahu secara terus kpd individu atau diumumkan serentak secara rasmi?

    thanks..

    • @ash, some of my frens pun kata dah ade yg dapat call drpd jpa….tapi esila telah mengatakan bahawa keputusan diumumkan pada minggu ke-3 mei, rasenyer semua la kut…yg dapat call tuh mungkin utk program jepun, german perancis la sebab dieorg kena pergi ke situ lebih awal..keputusan akan diumumkan serentak online, so check la masa tuh =)

  2. when gonna be jpa oversea result?? i’m waiting wit my pounding heart..plz tell me early coz i dunno whether further studies to UIA or maybe JPA..

  3. slm jpa atau mara ada x menyediakan bisiswa untok buat master kat oversea….klu ada camner yaa nak reply…

  4. salam..nak tnya sbb konfius sgt..saya lepasan asasi UIA dan akan masuk ke UIA kuantan 6hb julai nih..bolehke saya apply biasiswa JPA nih..Yg saya jmpa kbnyakannya biasiswa utk lpsan SPM la, yg utk luar negara laa..saya ambik biosains semasa kata asasi dan ngat nak ambik biomedical science kat Kuantan nanti..pointer saya kat asasi ni 3.2 ja..kalau boleh, tlg bgi link yg latest ke JPA supaya saya boleh paham keadaan saya..

    • @ahmad sufi, biasiswa untuk dalam negara masih belum dibuka dan ianya tidak terhad kepada lepasan SPM sahaja. tapi kena tgk syarat2 dalam tawaran tu jugak la.

      • @beliamuda, trima kasih ats info tu.. saya ingt ke saya dh tlpas dh utk mmohon..kalau dh dbuka, tolong informkan saya, xpon attach link2 yg brkenaan..trima kasih skali lgi.

  5. keputusan akan diumumkan pada 12 mei kalau tak silap…

    PILN utk middle east, france, japan, german telah diumumkan… yang lain tuh macam biasa la tunggu je…

  6. slm.. mcm mana nak semak keputusan PILN 2010? Dlm lmn web jpa, dah dinyatakan yang keputusan akan keluar pada minggu ke-3 bulan Mei.. saya sudah cuba buka tapi x ade lagi laa.. macam mana tu? saya betul2 nak tahu sama ada saya dpt tajaan jpa @ x ..

  7. eein:
    result mara xkua lg..
    owg mara ckp dlm mggu ni
    mgkn sme ngn jpa 21/5..
    klu nk check, check kt laman web mara..

    • @budak comey, saya tak pasti ada ke tak biasiswa daripada MARA atau JPA yang memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi lepasan asasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge