Salam sejahtera buat semua.
Tulisan ini adalah peringatan buat diri sendiri dan juga blogger yang menggunakan hosting berbayar. Kisahnya terjadi sendiri kepada saya dan ianya mungkin kelihatan hebat, tetapi sebenarnya satu kesilapan dalam merangka strategi.
Salah satu perkara yang menjadi sekatan buat pengguna hosting berbayar ialah kekeringan bandwidth lebih awal daripada jangkaan. Kalau bandwidth blog habis sebelum bermula kitaran bulan seterusnya, maka blog itu tidak dapat diakses sepanjang bulan tersebut. Jalan penyelesaiannya hanya dengan membayar untuk bandwidth tambahan.
Kebiasaannya, bandwitdh habis awal atau kadar penggunaan yang tinggi merujuk kepada pertambahan trafik / pengunjung yang lebih banyak daripada sebelumnya. Tapi kes ini sedikit berbeza dalam keadaan yang saya alami.
Awal bulan ini, saya memuat naik sekeping banner bersaiz sekitar 500KB (dalam format .gif) untuk dipasang sebagai alternate ads pada iklan di header blog. Disebabkan keadaan sambungan Internet di belakang proxy di UTP, saya tidak dapat mengakses cPanel. Jadi, saya tidak dapat memantau penggunaan bandwidth blog.
Agak terkejut apabila diperiksa hari ini kadar penggunaan bandwidth telah pun melepasi 80% (siap jadi warna merah lagi graf bandwidth) sedangkan baru sahaja dipertengahan bulan. Bunyi macam gah je bandwidth habis banyak, padahal silapnya pada banner yang dipasang tersebut.
Mengikut kiraan matematik (secara anggaran), dengan jumlah pelawat unik melebihi 20,000 sejak awal bulan, saya telah menghabiskan 10GB sahaja untuk gambar banner ini.
20,000 x 500KB = 10000KB @ 10GB
Itu secara anggaran sahaja. Saya jangkakan mungkin lebih banyak bandwidth yang dah dihabiskan untuk banner ini sahaja. Saya bernasib baik kerana membuka cPanel pada hari ini. Kalau saya tidak menyemaknya, mungkin dapatlah saya melihat blog ini tidak diakses dan mulalah nak panik tak tentu pasal.
Sebenarnya saya telah berusaha untuk menghoskan di tempat lain, tetapi malangnya Flickr tidak menyokong .gif (jadi gambar pegun sahaja) dan saya sedikit malas untuk mendaftar di Photobucket mahupun Imagshack. Kesimpulannya, kemalasan dan kelalaian saya kali ini membawa kepada masalah yang boleh dielak daripada mula.
beliamuda: Korang pernah habis bandwidth sebelum hujung bulan tak? Apakah cadangan lain untuk mengatasi masalah ini (selain tambah bandwidth dan kecilkan saiz gambar).
orang cakap imageshack yang terbagus nak host gambar sebab bandwidth dia kira hari. yang lain kira bulan. aku pun tak tau. sebab aku host gambar kat hosting je. hehe
.-= zaiMi´s last blog ..Panas! Tips Mendapatkan Kerja Untuk Penganggur =-.
adoi ya
susah tu hbs bandwith
ada blog xleh nak view
huk2
.-= duranian´s last blog ..#18 opportunity =-.
wow! aku nk dpt pelawat unik dlm 100 sehari pun susah.. haha… =P
.-= Pisyek´s last blog ..Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.
Bro kena upgrade bandwith jadi besar sikit untuk kemudahan di kemudian hari 😀
pernah terjadi..dan bernasib baik waktu tu dpn pc..terus hubungi webhosting… lega sebab masa tu tgh bersiap2 nak bercuti..kalaulah masa tu tgh bercuti…3-4 hari juga tak boleh akses blog
.-= kujie´s last blog ..Kenapa Ayam Belanda Jadi Turkey? =-.
dulu aku host gambar kat hosting,
pastu kena curik byk gamabr..
kena buat hotlinking..
elakkan gambar dicuri..
masa tu bandwidth abis..
skang aku guna image shack..
@Jaws, yg hotlinking tu la yang bikin hot~
Pernah jugak jadi macam ni…Tapi nak buat macam mana lagi, tambah je lah =)
@blinkky, mmg kena tambah jugak la…
bandwidth aku pun dah nak abis.. baru stgh bulan…
.-= Amir´s last blog ..Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik =-.
hahaha..
dulu waktu awal2 guna hosting,dpt masalah mcm ni jgk la..
tp skrg dah takde lagii.
🙂