Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Proses semakan dan kemaskini boleh dilakukan di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. Untuk membuat semakan dan kemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM sebelum membuat pindaan dan pembetulan.

Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

165 thoughts on “Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

  1. Jikalau saya tiada basic sains stream , bolehkah saya memohon matrik kedoktoran di kolej matrikulasi ?

  2. hai,saye nak tanye..adakah pihak matriks akan tentukan tmpt kolej matriks dan jurusan utk sye berdasarkn result spm, ataupun berdasarkn pemohonan/pemilihan saye sendiri?

  3. lagi 1,mase form 5,saye amik jurusan sains, so bole x klau sye amik jurusan perakaunan dlm matriks? sye xde basic perakaunan!

  4. nk tnye neyh,,mse sy buat p’mohonan matrik,,dia ada suruh print borang p’mohonan tu kn?? skarang neyh mcamana kalau borang p’mohonan tu hilang? mcmana dgn p’mohonan sy tu????? adakah sy akn ditrima klau x mmbwa skali borang t’sbut nti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge