Sebulan Bersama Serverfreak

Salam sejahtera buat semua.

Serverfreak

Rasanya dah cukup sebulan blog beliamuda {dot} com bersama Serverfreak. Ringkasnya, berbaloi la servis dengan harga yang ditawarkan. Pada mulanya saya teragak-agak jugak la nak pindah sebab baru je upgrade pakej hosting. Tapi, setelah difikir masak-masak, pindah jugak la hosting.

Semasa proses perpindahan, semuanya diuruskan oleh Sam. Masa tu ada masalah nak tukar domain (pendaftar yang sama, cuma nak letak di bawah Serverfreak). Nasib baik Sam urus semua tu sendiri dan akhirnya setel.

Selepas perpindahan tu, ada sedikit masalah teknikal. Bukan sebab masalah hosting, tapi sebab nak tunggu DNS (baca: Domain Name Server) tu bertukar ke hosting baru. Ada la dekat seminggu jugak baru setel semua.

Sepanjang sebulan ni, rasanya ada tiga kali blog ni down. Semuanya sebab masalah nak sambung ke database. Down tu memang tak boleh elak la kan. Asam garam la kalau guna hosting. Yang bestnya, baru je report, terus je masalah selesai.

Kesimpulannya, nak beli hosting murah boleh je. Tapi jangan la nak expect tinggi sangat. Nanti marah di kemudian hari. 😀

beliamuda: Makin ramai la pulak yang beralih menggunakan hosting dan domain berbayar. Meriah weh~ [logo adalah hak milik Serverfreak]

33 thoughts on “Sebulan Bersama Serverfreak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge