Salam sejahtera buat semua.
Terbaru – Permohonan Pinjaman JPA Sesi 2/2010
Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi bagi 2010 telah pun dibuka mulai hari ini. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan di laman web eSILA JPA.
Petikan di bawah dipetik daripada Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara.
Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
Jenis-Jenis Pinjaman
Pinjaman Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.
Pinjaman Biasa
Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan (Rujuk Bidang-bidang Keutamaan) dan bidang-bidang lain. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.
Bidang-Bidang Pengajian Yang Ditaja
Bidang-bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal, bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti berikut :
Bidang–bidang Kritikal
-
Perubatan
-
Pergigian
-
Farmasi
-
Veterinar
Bidang-bidang Keutamaan
-
Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
-
Kejuruteraan (tidak termasuk Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
-
Senibina / RIBA Part II
-
Perakaunan / ACCA
Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas) seperti:-
-
Undang-undang
-
Ekonomi
-
Kewangan/Perbankan/Pemasaran/ Perniagaan Antarabangsa
-
Perhubungan Antarabangsa
-
Komunikasi
Kursus-kursus yang diikuti hendaklah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat-syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
- Belum mempunyai Ijazah Pertama;
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/biasiswa kerajaan;
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenaraihitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan;
- Ibu/bapa/adik-beradik/pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan;
- Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
- Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Cara Memohon
Tawaran permohonan pinjaman akan dibuat 2 kali setahun berdasarkan kepada tarikh kemasukan ke universiti-universiti di luar negara. Permohonan pinjaman hendaklah dibuat melalui online di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2010. Manakala dokumen sokongan dikemukakan secara fizikal (hardcopy).
Permohonan secara dalam talian (online) mula dibuka mulai tarikh-tarikh berikut:
-
1 Februari (bagi tarikh tutup1 Mac)
-
1 Julai (bagi tarikh tutup 1 Ogos )
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara boleh dibuat dengan menghubungi:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Tel :03-8885 3436 / 3892
Faks :03-8889 2170
E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my
beliamuda: Sila rujuk garis panduan yang disediakan JPA terlebih dahulu sebelum mengutarakan persoalan. Terima kasih.
boleh tak memohon skim pinjaman yuran sekiranya belajar di dalam negeri?
@Jo, skim ni hanya untuk luar negara, sebab kos yang tinggi. dalam negara ada PTPTN.
tolongla tawu….da na putus asa ni duduk kat matrik!! klu ada yg bule taja study lua ngara bersemangatla cket..law ta sia2 je!!
maksud saya ad ta tawaran tajaan untuk lepasan matrikulasi….
salam.saya spm tahun 2008 dan pelajar tahun dua di universiti dalam negara?bolehkah saya ingin memohon pinjaman untuk meneruskan pengajian dalam bidang lain di luar negara dan bagaimana caranya?