Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM

Salam sejahtera buat semua.

Jam antik

Duduk termenung di kala Internet slow sampaikan nak download lecture note sume tuh kena tunggu sampai berpuluh minit padahal saiz tak sampai pun 1MB memang menegangkan urat-urat saraf kesabaran. Maunya juga aku hentak ini laptop. Tapi sayang la ni aku punya. Nak submit entri ke blog pun semput. Putus asa? Jauh sekali. Haha… Kata penulis blog yang tegar.

Memasuki alam Tahun Tiga di UTP, terasa kesibukan yang berlainan. Oh, dah Tahun Tiga rupanya. Kalau semua pakat duk cerita pasal sem baru, aku nak gi imbau kisah masa mula-mula masuk UTP dulu kala.

Masuk seawal Januari, tak sempat lagi nak melihat keputusan SPM. Perasaan dan hati pada masa tu masih dekat lagi dengan sekolah. Kiranya, kalau masuk belajar terus tu pun, masih ada lagi terbawa-bawa sikap masa di sekolah. Semuaya sikap positif. Bangun awal. Pergi Kelas awal. Semuanya baik la. Tapi beransur hilang ditelan arus waktu yang berlalu. 😛

Masuk awal ni pun ada cabarannya. Mana taknya. Kalau result SPM tak sampai tahap yang minima, ada risiko untuk ditendang keluar. Kalau course engineering, boleh la lagi nak turun ke course technology. Kena tendang tu yang sakitnya. Pelik juga sistem macam ni. Dah ambil tu, teruskan je la.

Komputer pelik

Seperti biasa, result SPM akan keluar sekitar bulan Mac. Tapi, sekitar bulan Februari dah mula tersebar tarikh pengumuman keputusan SPM tu. Masa tu ambil kisah la jugak. Tapi stok internet masa tu lagi la terhad. Laptop pun takde lagi.

Seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan, mula timbul rasa debaran. Kami satu batch pada masa tu sepakat untuk meminta cuti pada hari tersebut. Cadangnya, nak balik ke sekolah untuk ambil result SPM. Melalui penghulu batch, cadangan disampaikan kepada pihak berkaitan.

Cutinya dapat, tapi sehari je. Mana sempat nak berlari pulang ke MRSM PC. Aku dan beberapa rakan daripada sekolah sama hanya tinggal di UTP untuk meneruskan rutin harian. Ada juga yang pulang.

Awal pagi tersebut, perancangan dah molek. Nak pergi ke lab komputer untuk urusan berkaitan akademik. Sambil buat kerja tu, hilang juga fokus menantikan result SPM diumumkan. Sekitar pukul 10, mula tersebar mesej-mesej memaklumkan result SPM telah diumumkan.

Awek cute menangis

Kami yang disini hanya mampu berdebar dan menelefon pihak sekolah untuk bertanyakan result. Ucapan tahniah diawalnya sudah cukup untuk menghilangkan debaran dan membawakan rasa gembira yang amat. Walaupun result SPM tidak secantik rakan-rakan, mahu juga melompat masa tu.

Orang seterusnya ditelefon ialah Mama untuk memaklumkan keputusan SPM tu. Debaran berakhir dan semuanya itu sudah tinggal kenangan… 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kini 2010.

beliamuda: Hari yang lapang, tetapi menjadi sia-sia kerana perancangan yang kalut. -_-“

30 thoughts on “Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM

  1. bila yup result spm akan kluar ?
    mcm2 kbr angin tntg trikh spm ..
    yg sbetulnya tk ta lgi ..
    berdebar sgt2..
    harap2 result ok …
    tawakkal dgn Allah ..
    hrap2 la dpt result yg baik …
    klu dh thu bila result kluar , minta tlg sebarkan yup ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge