Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya terjawab sudah teka-teki mengenai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) yang baru sahaja tamat sebentar tadi di TV3. Kalau tak silap, konsep AJL 24 ialah origami. Music unfolds? Apa-apa jela kan.
Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-24
[Vokalis Terbaik] Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
[Persembahan Terbaik] Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
[Tempat Ketiga] Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
[Naib Juara] Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
[Juara Lagu] Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo, Amran Omar)
*****
Aizat – Pergi
*****
Live Streaming dan Twitter oleh TV3
Namun, apa yang mengecewakan dengan AJL 24 kali ini adalah kekurangan di sebalik live streaming yang digembar-gemburkan. Mana taknya, belum pun AJL 24 bermula secara rasmi, laman web AJL 24 telah pun menunjukkan tanda-tanda tidak mampu untuk menampung jumlah pengguna.
Sekurang-kurangnya pada waktu itu laman web AJL 24 masih lagi boleh diakses dengan mudah. Tapi, sebaik sahaja Anugerah Juara Lagu tahun 2010 ini bermula, akses semakin sukar dan asyik keluar “Problem loading page”. (saya tengok kat TV3 je, saja test bukak). Laman-laman berkaitan pun turut mengalami masalah sama.
Salah satu impak daripada AJL 24 ialah pengenalan twitter secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia. Dalam laman web AJL 24 sendiri dipaparkan twit #AJL24, disamping status FB. Memang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengikut apa yang diperkatakan oleh selebriti. Mungkin juga sekali dengan stail penghinaan fizikal oleh pengacaranya tadi?
beliamuda: [1] Kepada blogger, jangan lepaskan peluang anda untuk menangi RM20 melalui contest mudah ini. [2] Langsung tak best kalau blackout tiba-tiba. Haha… [3] Sempat ke #AJL24 jadi trending topic di twitter?
hohoho…
aku tengok separuh je smlm…
pastu blackout kat umh aku…
huhuhu…
.-= Pisyek´s last blog ..Hukum sertai Facebook =-.
@Pisyek, hehe.. aku tak tgk part awal2 tu…
black dpt vokal trbaek~ suke2! XD
.-= suraya´s last blog ..saya pakai black tadi maknanya saya support black lah. =-.
@suraya, suara tinggi kan..
hits paling kencang yoh . mmg kencang pun kalau publish dari media haha
.-= Melz´s last blog ..Movie | Adnan Sempit =-.
@Melz, publish dari media? maksudnya?
Cepat betul….Dah ada dah dalam blog =)
@blinkky, bersiap sedia mengupdate.. 😛
Pingback: Penyumbang Trafik Kedua Tertinggi Bagi Peraduan PTS | beliamuda {dot} com
betoi noj aku pun x pernah lagu PERGI aizat tu,sblum keptusan kluar,aku saje buat lawak mesti lagu PERGI yg paling lembab dan boring tu menang,last2 betul2 menang,terkedu aku.
@barney, walaupun lagu ni agak slow, tapi ada sesuatu disebalik lirik lagu ni. juara lagu bukan mengenai persembahan. juara lagu adalah mengenai lagu tersebut, baik dari segi lirik dan melodinya. sebab itulah ia dikatakan untuk menghargai komposer.
Saya tak sangka Aizat boleh menang..ingat Bunface,hujan atau Hafiz dalam list kemenengan.Tapi saya ucapkan taniah Aizat dan Yuna,kerana mereka boleh cipta lirik sendiri..baru industri muzik maju kehadapan.Taklah asyik dengar lagu2 dari seberang je..Syabas!!!utamakan lagu kita..
Hai semua…Saya pulak tak sangka Pergi menang..Stacy saya kalah..:-(
.-= dbalkis´s last blog .."Pergi" Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 =-.
AJL kali ini serius pengacara lagi best dari penyanyi. Dan Bunkface punya vokal tidaklah sehebat dalam recording.
.-= Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama =-.
aku start suka lagu “pergi” masa tengok talentime, before cuti..he3.. tapi, kalau yg Syafiee Naswip nyanyi dalam BI kalau best.. seriously..
++Yuna, nyanyi, macm siot je.. dah la xbangun, muka xgerak.. bibii pun macm nak xnak je angkat.. klakar giler..
[aku just tengok yg akhir2 je..itupun sebab intenet xde]…
apa2 pun, memang he deserved to win..lagu tu memang ada aura.. love it so much..
{just nampak sangt tv3 sayang sangat kat si Lan tu, dah kluar MUH pun, still dapt pelung promo Lan n The typewriter.. } -mcm isu Tomok kena tukar no giliran dengn Faizal Tahir..he3
.-= luqman hakim´s last blog ..Oprah vs A C ?? =-.
@luqman hakim, pergh, tahu jugak eh ko ngan hal ni.. 😀