Harga Perodua MPV Alza

Salam sejahtera buat semua.

TPM lancar Perodua MPV Alza (the sun daily)

Saya tidak menyangka Perodua MPV Alza akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Dalam hanya 10 hari, sudah terdapat lebih 3,500 tempahan untuk MPV yang baru dilancarkan ini.

Harga yang ditawarkan untuk Perodua MPV Alza ini adalah diantara RM56,000 hingga RM64,000 seunit untuk model standard dan diantara RM67,000 hingga RM70,000 untuk versi yang lebih maju.

Untuk melihat reka bentuk dalaman dan luaran Perodua MPV Alza, anda boleh merujuk entri ini. Daripada perbandingan yang dibuat, Perodua MPV Alza bersaiz lebih kecil daripada kereta MPV lain yang terdapat di Malaysia seperti Proton Exora dan Toyota Avanza.

Di bawah ialah perbandingan harga yang dipaparkan di laman web rasmi Perodua untuk keenam-enam varian bagi enjin 1.5-liter.  Sila klik untu saiz paparan gambar yang sebenar.

Perodua MPV Alza 1.5L GX

Perodua MPV Alza 1.5L GX

Perodua MPV Alza 1.5L EZ

Perodua MPV Alza 1.5L EZ

Perodua MPV Alza 1.5L GXi

Perodua MPV Alza 1.5L GXi

Perodua MPV Alza 1.5L EZi

Perodua MPV Alza 1.5L EZi

Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L GXi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced

Perodua MPV Alza 1.5L EZi Advanced

Untuk spesifikasi lebih lanjut bagi setiap varian Perodua MPV Alza ini, anda boleh semak di sini. Anda juga boleh memuat turun brosur Perodua MPV Alza. Secara ringkas, versi Advanced mempunyai ciri-ciri keselamatan berbanding dengan versi biasa.

beliamuda: [1] Alza dalam Bahasa Sepanyol bermaksud “rise”, menggambarkan kebangkitan Perodua dalam bidang automotif negara. [2] Dua versi Perodua MPV Alza yang lebih maju akan diperkenalkan pada Mac tahun hadapan dengan bodykit lengkap, GPS yang lengkap dengan kamera pandang belakang, tinted windows dan tempat duduk daripada kulit.

62 thoughts on “Harga Perodua MPV Alza

  1. saya dah pakai alza advanced version setahun. setakat nie okay sajer. mula2 survei nak pilih kete, alza bukan dlm list saya, tapi ntah camner gi lah tgk and masuk kat dalam kete alza, terkejut gak nampak kecik kat luar tapi quite spacious kat dalam. even kawan2 yg pernah tumpang kata kete alza mmg besar kat dalam. enjin senyap dan aircon sejuk, tambah2 lagi saya guna tinted raytechCS, walaupun kete panjang tapi cepat sejuk. masing2 atas pilihan dan kemampuan lah. setiap kete kita pilih msg2 ader kekurangan kelebihan. yg penting kita selamat ke tempat keje dan dapat famili selesa bila berjalan jauuh. hujung bulan pulak masih senyum.

  2. saya baru 7 bulan pakai exora, dah buat perangai..dah la minyak kuat, dalam 2 minggu dah 2 masalah besar buat hal…pertama maslah dram kat tayar…kiri kana kena ganti bunyi bila tekan brek walaupun pelahan…kedua 2 minggu lepas tu econ pulak buat hal…sakit hati…comfirm kena jual exora nie…menyesal beli
    la nie tengah buat perancangan nak tukar Alza…harap luas jaa exora nie…hampeh dari segi kualiti dan minyak

  3. saya bercadang nk pkai alza, sebelum beli saya tanya2 la kwn2 yg pkai mpv tu….. semua ckp minyak jimat mcm kereta biasa je lgi pn selesa pulak tu enjin memang senyap enjin toyota la katakan saya rasa inilah kereta yg sesuai utk keluarga yg sederhana mcm saya syabas buat perodua dpt menghasilkan kereta alza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge