Saya nak beri tapi…

Salam sejahtera buat semua.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain.

Sebagai contoh, kita cuba menyayangi orang lain. Dalam hati, pasti terselit rasa untuk dikasihi semula. Itu lumrahnya kan? Tapi, pernahkah kita terfikir untuk memberikan kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan? Biasanya, naluri keibubapaan saja yang begini. Menyayangi anak-anak mereka tanpa rasa berbelah bagi. Tidak mengharapkan sebarang pembalasan. Kes terpencil tu tolak ketepi la ya.

Dalam percintaan, selalu juga diungkapkan perngorbanan. Pengorbanan yang macam manakah? Meninggalkan dia yang tersayang kepada yang lain sebab dia tak sayang pada kita? Memberi peluang orang yang kita sayang untuk mencari kebahagiaan yang sebenar? Saya tak tahu dan saya tinggalkan persoalan ini kepada pembaca.

Meminjam kata-kata kawan saya… (daripada anime apakah ni?)

For every wish you make

you must give something of equal value in return….

beliamuda: tidak perlu tunjuk keikhlasan hati secara terang-terangan, kerana itu bukan ikhlas namanya…

22 thoughts on “Saya nak beri tapi…

  1. memang mujahadah nak jaga hati ni … kita selalu memberi dan mengharapkan balasan TETAPI yang terbaik biar kita memberi ikhlas kerana Allah kerana pasti Allah akan membalas dengan macam-macam cara. contohnya kita bantu A dan Allah akan hantar B pula membantu kita…kita sayang C dan Allah akan hantar D sayang kita…KERANA sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terBAIK untuk kita…
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.

  2. kadang2 aku tak tahu mengapa tiba2 dia pergi begitu sahaja…tapi aku bersyukur kerana Allah masih nk selamatkan aku dari semua ini…bnyk kali di uji…dia akan silih berganti datang…
    .-= syin´s last blog ..Acer TravelMate 6291 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge