Salam sejahtera buat semua.
Izinkan buat saya untuk sekali lagi menulis mengenai pemilihan MPP UTP 2009/2010. Sejak terlibat dengan malam manifesto, saya tidak dapat tidak terasa dekat dengan pemilihan kali ni. Lagipun, ini merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang pelajar UTP.
Keputusan pemilihan MPP UTP telah diketahui seawal jam 8 malam lagi. Mesej terawal yang diterima menyatakan Calon No. 3 kalah. Mesej tersebut dihantar oleh salah seorang penyokongnya. Agak terkejut juga secara peribadinya.
Berikut adalah keputusan pemilihan MPP UTP 2009/2010:
Haniff Humam -1390
Abdul Mu’id Basidth -1428
Muhd Ashraf -951 (tewas)
Nurul Ain -1394
Jenani -1040
Umair -1454 (tertinggi)
Sedikit mengenai analisa pemilihan kali ini dari kaca mata saya dan juga berdasarkan apa yang diutarakan oleh rakan-rakan. Secara peribadi, saya rasakan Ashraf (Acap) merupakan calon yang berpeluang untuk mendapat kerusi. Saya lihat punca terbesar yang menyebabkan dia kurang digemari ialah penyokongnya yang terlalu fanatik. Kesederhanaan Jenani lebih menjadi pilihan.
Apakah fanatiknya penyokong Acap? Sejak malam manifesto lagi, ada beberapa tindakan penyokongnya yang agak provokatif. Bermula dengan serangan terhadap Nurul Ain dengan pertanyaan yang menyerang keperibadiannnya dan tindakan mempersoalkan tindakan pengerusi majlis pada malam itu pada sesi soal jawab.
Untuk makluman, sesi soal jawab pada malam itu agak tegang, terutama semasa sesi untuk Nurul Ain, sehingga saya terpaksa mengarahkan individu yang ingin bertanya kembali ke tempat duduk. Semasa sesi Umair, penyokong Acap dilihat tidak puas hati dengan kelebihan masa yang diberikan. Malam tu, manifesto Umair sahajalah yang menepati tempoh masa yang diberikan. Oleh itu, wajarlah untuk dia mempunyai masa yang lebih untuk soal jawab.
Selepas manifesto, ada khabar tidak sedap didengari apabila dikatakan beberapa penyokong Acap mengekori individu yang dilihat tidak pro-Acap. Saya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran kisah ini, tapi dikatakan provokasi terhadap Nurul Ain telah mengganggu emosinya.
Saya tidak tahu kenapa penyokong Acap terlalu fanatik, sedangkan Acap sendiri dilihat lebih sederhana. Acap juga membawakan idea dia tidak disokong oleh mana-mana badan dan berdiri sendiri. Saya lihat, Jenani jauh lebih bersendirian dengan jumlah penyokongnya pada malam manifesto yang hanya memenuhi dua baris kerusi sahaja, sedangkan penyokong Acap memenuhi hampir separuh Island D.
Banyak lagi tindakan fanatik yang diutarakan oleh rakan-rakan tentang penyokong Acap. Mungkin inilah yang banyak menenggelamkan kepercayaan terhadap Acap. Saya rasa ramai yang sukar memilih pada hari pengundian kerana mereka perlu menolak seorang calon sahaja. Pada awalnya, saya rasakan ramai yang akan menolak Jenani atas sebab kurangnya populariti dan sentimen perkauman. Nampaknya, pengundi lebih selesa memilih Jenani berbanding kefanatikan pembawaan oleh penyokong Acap. Mungkin ini telah mengaburi kemampuan Acap sendiri.
Maaf kalau entri ini dilihat lebih kepada menyebut kesilapan yang dilakukan Acap. Saya sendiri tidak menyangka Acap akan kalah. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran untuk Acap di masa depan. Buat penyokong Acap, ketahuilah, ramai yang menilai calon dengan melihat penyokongnya. Ini benar, terutama sekali dalam situasi sebenar politik. Ramai rakan-rakan saya menolak untuk memilih Acap disebabkan penyokongnya.
Saya sendiri? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.
beliamuda: tahniah dan takziah kepada yang menang… semalam, berkahirnya Test 2, dan dua minggu daripada sekarang, Final Exam akan bermula~
1. acapa xpernah pun post kat blog dia yg mnuruh agar pnyokong dia jgn hentam calon lain.. so, dia kena bertanggungjawab
2.kepada si pondan yg attack pompuan, memang lu pondan.. klau laki, attack laki arr. dayus!!!
3.walau saya hate so mauch pnyokong acap, saya still undi acap coz saya pun nak tngok perubahan..
4.to syuhaidah, semua org harapkan kebaikn, tapi kalau bnda tu tpaksa lalu jalan kotor, itu bukan kebaikn
5.so what? saya pun stand alone gak.. pe de hal..
.-= luqman hakim´s last blog ..Selamat Hari Ayah ~ everyday is my dad besday!! =-.
Bila cakap pasal politik, aihs rase malas je nak dengar. Sebab apa? sebab orang yang ada kuasa besar je la yang boleh monopoli bidang ni. Sape ade kuasa, sapa ada duit dia lah menang. Macam-macam cerita dah aku dengar. Penah ke ade politik yang bersih? Aku pun tak sure benda ni. Sebab aku memang tak minat politik. Aku tak khaskan kepada sesiapa. Aku cakap secara general je. Sebab selalu aku tengok filem2 tamil memang macam tu la keadaan politik yang aku dapat baca. Hahaha… so u think. Bagi aku, kalau pemimpin-pemimpin ni terpilih sebab bakatnya sebagai seorang yang adil, saksama,melakukan tugas,mengambil tindakan atas suara rakyat dan bijaksana maka aku sokong. Bukannya sebab dia adalah “seseorang” sebab tu dia layak untuk menang. Orang ni bukan “seseorang” so dia tak boleh jadi pemimpin.
Assalamualaikum WBT/Hi!
Please kindly visit UTPress and drop any suggestion for the improvement of SRCUTP. We believe that the idea from you guys will uplift the reputation of SRCUTP 2009/10.
http://utpress.blogspot.com/2009/11/welcome-to-new-line-up-of-srcutp.html
Best regards,
High Committee of SRCUTP 2009/10
.-= SRCUTP 2009/10´s last blog ..Welcome To New Line Up Of SRCUTP 2009/2010 =-.
@SRCUTP 2009/10, TQ for visiting this blog. We hope to see some changes and improvement in our new MPP. (^_~)v
tahniah kepada calon 6. harap BENAR-BENAR dapat bawa PERUBAHAN.
“My ink is black. Don’t ask me to colour the rainbow”
Salam kpd beliamuda,
Maaf kerana lambat respon dalam blog ini. Sebenarnya telah berkali-kali cuba untuk buka tp, slalunya tak dpt.
Persoaln yg diutarakn terhadap kes2 yang berkaitan telah pn sye jwb dlm blog sye. Kalau tak keberatn sila rujuk http://acap03.wordpress.com/2009/11/03/answering-false-accusations/
terima kasih ats peringtn dan pndangn yg ikhlas. Mudah-mudahn dpt sye gunakan dalam perjuangan sye. Sye sokong usaha saudara utk lebih engange dlm politik kampus sbb golongn sprti kita ni tak rmai. Tp, prubhn itu dimulakn dgn jumlh org yg sdikit. Sye dan saudara. Truskn menulis dan luruskan niat kita bersama.
Salam perjuangn.
.-= Mohd Ashraf bin Nor Azrol´s last blog ..NO STUDY WEEK FOR NEXT SEMESTER, AGAIN? =-.
salam..
saya wakil dari mpp Kolej profesional mara seri iskandar.
kami berminat untuk mempunyai link bersama mpp utp ..siapakah yang boleh saya hubungi???
@siti nurafifah binti abu hassan, wasalam. boleh semak di blog rasmi MPP UTP >> http://utpress.blogspot.com/
selain dari utpress.blogspot.com
adakah terdapat saluran lain untuk berinteraksi bersama mpp universiti teknologi petronas seperti facebook or e-mail.
@siti nurafifah binti abu hassan, dalam blog tersebut ada diberi link FB mereka.
http://www.facebook.com/group.php?gid=168355188935&ref=mf