Salam sejahtera buat semua.
Sesekali duduk termenung, terdetik juga di hati untuk kembali masa lalu. Makin kuat kemahuan hati terutama apabila kita sedang dilanda masalah dan musibah pada masa tersebut. Kadang-kadang, kita mengharapkan agar kita dapat kembali semula ke masa lalu agar dapat membetulkan semula kesilapan yang telah kita lakukan.
Pernah juga dalam hidup aku, beberapa kali juga hati ini mahu kembali ke masa silam. Kembali untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Setiap kali memikirkan salah yang pernah diperbuat, akibatnya yang dirasai sekarang, makin kuat perasaan mahu kembali ke masa lalu.
Kadang-kadang juga, duduk termenung teringat zaman sekolah yang penuh dengan kegembiraan dan kesenangan, tanpa perlu memikirkan banyak masalah, turut menghambat jiwa untuk merasai semula saat itu.
Tapi, jika kita betul-betul berpeluang melakukannya, adakah pasti kita akan mampu mengubah semula apa yan telah terjadi?
Setiap kali berfikiran begini, aku kerap juga mengingatkan diri agar sedar yang masa lalu takkan kembali. Hidup mesti diteruskan. Masa terus berjalan. Mereka yang lalai, hanyut di bawa arus. Rebah dalam langkah sendiri, jauh ketinggalan di belakang. Setiap kejadian yang telah berlaku, pasti ada hikmahya. Mungkin kita sedar atau tidak sedar akan adanya hikmah yang sangat bermakna buat diri kita.
***
iklan: jom bertukar pautan dengan beliamuda.
***
beliamuda: pernahkah anda berfikiran sedemikian?
Salam Sayang Buat semua…
Kesilapan mengajar kita agar tidak kita ulanginya..
Mohon ampun pada Allah andai kesilapan kita pada Allah… Bertaubatlah..
perbanyakkan istighfar..
Jika sesama manusia… mohonlah maaf dan pulangkan haknya kira melibatkan
harta…
Yakinlah akan janji Allah pada hambaNya yang beriman dan Bertakwa..
yang penting kita kena terima kenyataan bahawa masa sentiasa akan berdetik dan meninggalkan kita..
@fiziesss, btul, masa akan terus berlalu dan tidak akan menunggu kita.