Salam sejahtera buat semua.
Tulisan aku kali ini agak berlainan. Apa yang aku tulis kali ini, merupakan suatu yang lahir daripada hati aku, melalui pengalaman yang aku telah lalui. Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri di masa hadapan, kerana kita memang mahluk yang pelupa.
Semalam yang menjadi pengajaran untuk hari ini
Terus terang aku katakan, semalam merupakan saat-saat yang sangat mencabar dalam hidupku. Bangun lewat pagi selepas tidur semula selepas subuh, sambil ditemani sang mimpi yang menambah gelora perasaan. Mimpi yang tanpa diduga menjadi kenyataan.
Aku bangun tanpa semangat yang kuat seperti hari sebelumnya. Terasa letih dan lesu. Menghadap sahaja monitor komputer ribaku, terasa satu kesunyian.
Tiba-tiba terdetik di hati untuk merealisasikan mimpi tadi. Walaupun mustahil, ilham yang datang kemudiannya menjadikan ia satu kenyataan.
Tanpa diduga, rasa serba-salah menyusup ke hati. Terasa sangat bersalah, lantaran perbuatan yang melanggar prinsip diri. Sebahagian lagi lantang berkata, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Langsung dibalas, “sudah masuk ke dalam mulut pun”.
Rasa bersalah dipendam sahaja dengan harapan jalan penyelesaian yang lahir daripada buah fikiran itu dapat mengembalikannya semula seperti sedia kala.
Dalam menyelusuri lorong-lorong memori, terbuka satu hijab di balik rahsia yang dicari selama ini. Kebenaran yang pahit kerana ia menimbulkan rasa gelisah, namun puas kerana tiada lagi tipu daya.
Ketika mata melilau mencari, satu hijab terbuka, langsung rahsia diketahui, membeban di jiwa untuk bertahan.
5:46PM 6-SEPTEMBER-2009
Namun, satu bebanan tertujah di benak fikiran apabila satu kisah hitam turut terdedah. Alangkah beratnya rasa untuk mendukung rahsia besar ini. Mampukah aku melalui hari-hari mendatang?
Natijahnya, sepanjang hari gelora perasaan membadai jiwa. Hampir sahaja aku tumpas. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa terbebannya aku. Aku termenung memikirkan semua ini.
***
Aku bersyukur setalah segalanya kembali reda apabila semuanya diluahkan kepada DIA. Sesungguhnya DIA-lah yang Maha Mendengar. Aku tenangkan lagi fikiran dengan alunan melodi perlahan yang sarat dengan mesej dan nasihat. Terasa terbelai mendengarnya.
Lantas, aku mampu tersenyum semula hari ini. Terima kasih ya ALLAH, kerana “tiada yang lebih indah daripada sekuntum senyuman”.
Ku masih berdoa, agar hari-hari mendatang yang bakal dilalui, aku dikurniakan kekuatan dan kemudahan. Telah aku “mulakan hari ini dengan senyuman, kerana semalam penuh kedukaan”.
4.00PM
07-SEPTEMBER-2009
17 RAMADHAN 1430H
Sedikit perkongsian dengan anda semua.
90/10 Principle
Suatu gagasan idea daripada Steven Covey mengenai cara kita bertindak balas terhadap sesuatu keadaan. 10% daripadanya tidak mampu untuk kita kawal, seperti kemalangan jalan raya ataupun dicemuh orang. 90% lagi merupakan tindakan yang mampu kita kawal. Bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu. Reaksi kita apabila dihina dan dikeji. Kita boleh melawan balik ataupun sekadar membiarkannya sahaja. Satu situasi sama, tapi dua pilihan reaksi yang boleh kita laksanakan. Pilihan di tangan anda!
Jika aku jatuh hati
Ini adalah video yang dikongsikan oleh seorang rakan di twitter. Anda boleh hayati apa yang disampaikan dalam video itu.
Khas untuk mereka yang tidak boleh menggunakan youtube, anda boleh dengar audio berkenaan di bawah ini.
[audio:http://www.beliamuda.com/wp-content/uploads/Jika-aku-jatuh-hati.mp3]
beliamuda: ayat-ayat condong di atas adalah ayat-ayat yang ditulis terlebih dahulu sebelum entri ini ditulis…
Tajuk bagaikan sang pujangga. Akhirnya buku lama dibuka kembali. Menanti sang mentari munculkan diri.. *ada kaitan ke.. hehe.
btw, ini seperti kisah dan kenangan lalu dengan seorang istimewa.
@Nikuve, memang kenangan lalu pun.. masih menilai salah silap diri…
em..agak kurang paham apa yang cuba kamu sampaikan
huhuhu
tapi macam paham2 je sini takle bukak youtube
90/10 principle by steven covey <–tq..knowledge baru
.-= teh´s last blog ..Special Thanks to Mr Zelo =-.
@teh, tak pe la kalau tak dapat paham.. sebab pokok pangkalnya pon, dah jauh sangat ke belakang.. ada sesetengah atau seseorang je paham.. memang agak personal gak la entri ni.. hehe..
youtube tu bese la.. sama je kat sini.. kalau tak gne wifi, memang tak leh buka youtube.. untuk kawan2 yang takleh, boleh la dengar audio streaming tu..
sungguh puitis..wahahaahahahah…o_O
video tu patut di tygkn kt semua sekolah
best la bace blog ni macam bca novel plak rsanya
@NUR SYAHIRAH, silalah baca lagi..
jika ia memberi ketenangan kepada ku ,pasti ia akan membwri ketenangan kepada sesiapa yang mendengar audio diatas
@MUHAMMAD LUTHFI, harapnya begitulah.