Keputusan PRK Manek Urai

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan tidak rasmi dari MalaysiaKini – 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi. Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.22pm Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi

1. Fauzi bin Haji Abdullah (PAS) – 5.348

2. Tuan Aziz Tuan Mat ( BN ) – 5,283

Majoriti – 65.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:
1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)

7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Keputusan  Pilihanraya Kecil Manik Urai dijangka diketahui seawal-awalnya pukul 8 malam ini.

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih .

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N41 Manek Urai

Result dibawakan khas oleh Pakatan Blogger

1 Fauzi bin Haji Abdullah ( PAS)- 4603
2 Tuan Aziz Tuan Mat (BN) – 4799

* Keputusan sehingga jam 7 petang

1 Fauzi bin Haji Abdullah (PAS) – 5363

2 Tuan Aziz Tuan Mat (BN) – 5293 * 7.30 malam

1 Fauzi bin Haji Abdullah( PAS ) – 5393
2 Tuan Aziz Tuan Mat (BN) – 5411 * 7.45 malam

***********************************

beliamuda:

Hah, apa cer lambat update ni kan? Bukan pe, sekitar pukul 5 petang semalam, hujan lebat berserta kilat dan guruh tidak putus-putus menerjah bumi Kelantan. Masa tu aku tengah tengok anime Conan (filem). Internet pun macam bese la kan, on je. Sekali petir kuat punya. Terkejut gak masa tu. Tapi, layan je la kan apa yang aku tengah buat tu.

Sekali tu, petir datang lagi. Habis router disapu bersih. Rosak terus. Laptop aku pulak buat-buat terkejut. Dia restart balik dengan bergaya. Nasib baik tak rosak. Last-last aku perasan yang LAN adapter tu dah disapu bersih sekali. Rosak terus benda tu. Memang aku dah tak dapat nak online la kalau tak tukar adapter baru.

Tapi, boleh ke tukar ya? Memang siot la. Dah la esok lusa aku dah nak pergi balik ke U. Adoi.. Apa penyelesaian terbaik ya? Tak lama selepas petir kedua tu, petir yang paling kuat sekali datang. Suis utama elektrik pun terputus. Suis tu tertendang dan aku biarkan je la macam tu sampaila hujan reda.

Tentang PRK tu, UMNO macam ada menang dalam kekalahan. Majoriti yang sangat tipis tu, ada impak yang besar. Mungkin kerana imej baik calon UMNO dan juga sentimen yang dimainkan terhadap calon PAS yang tidak berpendidikan tinggi seperti calon UMNO. Hmm.. apa2 je la kan.

*update ini seperti segan hidup mati tak mau, dekstop ni dah la slow giler, takde mood aku nak taip2 panjang.. bahasa pun dah bercampur aduk..*

One thought on “Keputusan PRK Manek Urai

  1. uish.. tipis je beza 65… satu peringatan tuh.. kena istiqamah.. kalau tidak sejarah seperti Kerajaan Turki Uthmaniah akan berulang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge