Salam sejahtera untuk semua.
Kerbau? Ada apa dengan kerbau? Ada ke dia keluarkan pendrive sebelum ni? Main lumpur dia tahu la kan… Hmm… pelik betul ni. Apa sudah jadi. Kerbau di atas tu sebenarnya merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan pendrive terkecil di dunia dengan saiz storan yang besar. Rasanya korang dah boleh agak nama syarikat tu kan? kan2?
Deskripsi Produk
- Manufacturer / Model – Buffalo / RF2-P
- Interface – USB 2.0 / 1.1
- Memory – 16 GB
- Driver – No installation necessary of a specific driver, as it is USB bus-powered
- System requirements – PC with Windows Vista®/XP/2000 / Me or Macintosh series PC with Mac OS X (10.2 to 10.5), and USB2.0/1.1 Interface
Tengok berapa saiz memori pendrive tu? Sangat besar jika nak dibandingkan dengan saiz pendrive tu sendiri. Sudah menjadi kebiasaan la kan kalau benda dah pelik cam gini, harganya pun menarik sikit la. Mengikut harga yang ditawarkan oleh Geek Stuff 4 U, setelah ditukar kepada nilai matawang Malaysia, nilainya hampir mencecah RM500. Walaupun harganya mahal, pendrive ini telah pun kehabisan stok dan pelanggan perlu menunggu stok yang seterusnya. Kalau anda pun mahu berbuat demekian, sila jangan segan untuk tempah daripada GS4U tu.
Sebenarnya, ada kelebihan dengan pendrive saiz kecil ni. Dengan saiz 5mm, pendrive ini mungkin terselamat daripada disepak, tersepak atau apa-apa sahaja kejadian yang berlaku semasa sedang dipasang pada komputer ataupun laptop.
Pernah berlaku kejadian yan tidak diingini kepada seorang sahabat pada pendrivenya semasa dipasang pada komputer, yang mana USB komputer tu berada di bahagian hadapan. Pada masa tu, dia nak bangun daripada meja komputer tu, lalu tersepak pendrivenya secara tidak sengaja. Nasib baik hanya terherot sikit. Paling teruk, mungkin orang lain tersepak sampai tercabut masa anda tengah save sesuatu. Ataupun, pendrive tu berkecai terus. Naya betul kan?
beliamuda: aku pun ada satu produk daripada kerbau ni.. my 320GB external hard disk~~
Bukan pendrive yg tersepak tu, bluetooth aku hu hu….
mung rasa aku citer kisah mung ke? hmm.. mungkin ni satu kisah lain.. tpi, since bentuk bluetooth tu hampir sama… ok la..