Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Logo KPM

Pihak Lembaga Peperiksaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu siaran akhbar yang disiarkan di Portal MOE telah menyiarkan tarikh rasmi pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 iaitu pada 19 November 2012, Isnin.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Continue reading

Selamat Menduduki SPM 2012!

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh SPM 2012

Kalendar persekolahan dalam bulan September terkenal dengan UPSR, bulan Oktober dengan PMR, manakala bulan November dengan SPM. Kini bulan November telah pun tiba, maka tempoh peperiksaan awam paling panjang di Malaysia akan bermula pada hari esok sehingga 6 Disember 2012.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan berlangsung bermula Isnin, 5 November 2012 sehingga 6 Disember 2012. Jadual lengkap SPM 2012 boleh dirujuk sebagai panduan mata pelajaran dan subjek yang akan diduduki nanti.

Continue reading

Jangan Mengalah Pada Amarah

Salam sejahtera buat semua.

ANGRY BOY!

Ada orang yang mudah menyerah kepada emosi marah tatkala terjadinya insiden atau kejadian yang tidak memuaskan hatinya. Yang menjadi mangsa adalah barang yang mampu tercapai dek tangannya.

Sudah beberapa kali saya melihat insiden seperti ini terjadi kepada orang di sekeliling. Perwatakan yang kelihatan tenang tiba-tiba berubah disebabkan berlakunya perkara yang tidak menyenangkankan hati. Baran tiba-tiba menguasai hati.

Continue reading

Laman 9 - 306« Mula...7891011...203040...Akhir »