Kenapa Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?

Salam sejahtera buat semua.

ramadhan-buffet-2011

Semakin hampir umat Islam untuk mula berpuasa di bulan Ramadhan, semakin hebat promosi bufet Ramadhan yang ditawarkan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Adakah bulan Ramadhan yang dirindui kini lebih dinanti kerana gahnya hidangan makanan sewaktu berbuka puasa?

Memang tidak dinafikan, ketibaan bulan puasa di Malaysia cukup sinonim dengan Bazar Ramadhan atau Param (akronim bagi Pasar Ramadhan). Akan tetapi, kemeriahan sebenar pada bulan Ramadhan adalah kerana pesta ibadah yang menawarkan ganjaran pahala yang banyak buat mereka yang mengamalkan, bukannya pada kemeriahan santapan makanan sewaktu berbuka puasa.

Keadaan masa kini kelihatan terbalik apabila umat Islam dilihat berlumba dalam urusan santapan sewaktu berbuka berbanding pengisian amalan dan ibadah. Bukankah berpuasa itu sebagai memberi peringatan kepada diri kita untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada dan bukannya melakukan perbuatan yang bakal membawa kepada pembaziran?

Tidaklah salah untuk menikmati makanan yang lazat sewaktu berbuka puasa. Namun, bersederhana itu lebih baik dan tidak menjadikan diri kita malas selepas makan sehingga perut terlalu kenyang lalu menjadikan diri terasa berat untuk melakukan ibadat.

Sama-samalah kita renungkan keadaan diri masing-masing. Agenda santapan berbuka atau pesta ibadah yang menjadi keutamaan?

beliamuda: Berbezanya keadaan Ramadhan pada tahun ini apabila hanya diri ini yang berpuasa dalam kalangan orang yang berada di sekeliling.

2 thoughts on “Kenapa Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge