Salam sejahtera buat semua.
RISAU AMAT. Itu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan saya apabila dapat mesej dari Mama semalam menyatakan adik bongsu kemalangan dengan sebuah motorsikal dan mereka dalam perjalanan ke klinik. Sebaik sahaja selesai membaca mesej tersebut, panggilan terus dibuat.
Sebenarnya saya pelik jugak. Mesej tersebut dihantar selepas waktu Maghrib. Takkanlah adik keluar rumah lepas Maghrib dengan basikal? Tak pernah dalam hidup dia keluar rumah seorang diri pada waktu malam melainkan depan pintu rumah je. Itupun kena berteman.
Lagipun, adik belum lagi diberi pelepasan untuk menaiki basikal di atas jalan raya semasa kali terakhir saya berada di rumah lebih sebulan yang lalu. Takkan berlanggar dengan motor di dalam kawasan rumah pulak kan?
Setelah panggilan dibuat, fahamlah saya yang Syafiq berlanggar dengan motor pada waktu petang (mungkin sekitar pukul 5) semasa dia dalam perjalanan pulang daripada kawasan rumah cikgu dia yang berada dalam jarak sekitar 500 meter dari rumah.
Khabarnya, dia keluar dari cabang kawasan tersebut tanpa melihat kiri dan kanan. Kebetulan pula ada sebuah motor yang melalui cabang tiga tu. Nasib baik motor tersebut agak perlahan dan dipandu oleh seorang pak cik yang sudah berusia. Kalau dipandu mat rempit, mungkin lagi teruk kecederaan.
Kebetulan pada waktu tersebut ada polis yang lalu di situ. Mama pula dalam perjalanan pulang dari sekolah dan turut melalui kawasan tu. Apabila nampak je orang ramai dah berkumpul di sekitar, Mama berhenti untuk meninjau. Mesti Mama sangat terkejut apabila melihat Syafiq yang terlibat. Pucat juga muka adik masa tu.
Syafiq sekadar mengalami luka-luka kecil. Mungkin esok atau lusa saya akan berkesempatan untuk melihat sendiri kesan kemalangan tersebut. Kejadian kemalangan motorsikal ini mengingatkan saya kepada tragedi hampir serupa yang pernah terjadi semasa saya di Kulim pada tahun 2010.
beliamuda: Adakah Syafiq akan fobia untuk mengayuh basikal selepas ini?
Fobia tu benda biasa..tapi takkan kita nk jadi fobia selamanya, kena lawan..tu pesan abg aku hehe
hazwan´s last blog about ..9 Mac: Setahun Berlalu
@hazwan, nanti aku tanya adik aku tu, apa perasaan dia lepas kejadian tu.