Tarikh Mencerap Anak Bulan Puasa 2011: Bulan Ramadhan 1432H/2011

Salam sejahtera buat semua.

Anak bulan Ramadhan

Esok, kita akan menjejakkan kaki di bulan Sya’aban. Bermakna cuma tinggal lagi sebulan sebelum bulan Ramadhan pula tiba. Sebelum tarikh puasa yang sebenar ditentukan, pihak berkuasa akan mencerap anak bulan Ramadhan terlebih dahulu.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011 iaitu pada 31 Julai 2011. Di bawah adalah petikan kenyataan yang disiarkan di laman Majlis Raja-Raja.

Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

Dijangkakan tarikh permulaan puasa bagi tahun ini ialah pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H.

 

beliamuda: Setahun yang lalu saya menempuh bulan Ramadhan di Kulim semasa berpraktikal di sana dan kali ini mungkin kali terakhir saya akan berpuasa di UTP. Tinggal lagi enam bulan sebelum saya menamatkan pengajian di sini.

6 thoughts on “Tarikh Mencerap Anak Bulan Puasa 2011: Bulan Ramadhan 1432H/2011

  1. Salam Bahagia.
    Tahun ini kami menyambut bulan puasa al-mubarak di USA, tidak menjadi masaalah kerana ramai yang dari Saudi Arab dan Turki beragama islam di sini dan semuanya bahagia dan ramai nya dari Malaysia pun yang menetap di State. Dan ingin saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak kepada semua saudara di Malaysia muslimin dan muslimat. emmmm….apa apa pun sedapnya cendol dan kuih lopis bersertakan gula hitam pekat emmm… teringat dekat mak di kampung daging masak hitam dan ikan keli bakar cecah air asam limau dengan cabai melaka.fuhhhh… pedas pecah kepala di buat nya.

  2. Pingback: Ucapan Selamat Berpuasa Daripada Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat | beliamuda {dot} com

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge