Salam sejahtera buat semua.
Perjalanan selama beberapa jam daripada Jelawat ke Kulim akhirnya berakhir setelah saya menjejakkan kaki di Taman Kulim Techno City (KTC) sekitar jam dua petang. Namun, saya mengalami kesukaran semasa mencari rumah sewa yang dimaksudkan dan kebetulan dua orang rakan serumah berada di Butterworth pada waktu tersebut, manakala rakan serumah yang ada sedang nyenyak tidur.
Sudahnya, pusing-pusing dalam Taman KTC macam tu je la sebelum dapat masuk sekitar pukul tiga petang. Tu pun setelah dua orang rakan serumah pulang semula.
Selepas membawa keluar semua barang-barang yang dibawa, barulah berpeluang untuk meninjau keadaan dalam rumah sewa ni. Rumah teres dua tingkat ini menempatkan tiga bilik tidur di tingkat atas dan satu bilik (macam stor) di tingkat bawah. Secara keseluruhannya, keadaan rumah ni boleh dikatakan ok.
Hanya bilik tidur utama sahaja yang ada kipas dan bilik air sendiri, manakala bilik tidur yang lain tiada kipas dan berkongsi bilik air yang menghubungkan kedua-dua bilik tersebut,
Sebelum memunggah barang masuk ke dalam bilik di tingkat atas, saya perlu membasuh terlebih dahulu bilik yang agak kotor dengan debu dan kotoran. Sekadar mengemop lantai untuk memastikan ianya bersih.
Pada sebelah malam, saya dan dua orang rakan mengambil peluang untuk keluar ke Giant Kulim bagi mendapatkan barang-barang keperluan. Namun barang yang dibeli agak terhad sebab kami hanya datang dengan motor dan ini menyukarkan barangan yang dibeli untuk dibawa pulang. Yang paling seksa apabila saya perlu membawa dua kotak panjang di kedua-dua belah tangan. Seksa kerana rintangan angin yang kuat menyebabkan kotak tersebut menjadi sukar untuk dipegang dengan baik. Nasib baik jarak Giant dengan Taman KTC tidak terlalu jauh.
Kelakar juga apabila melihat gelagat rakan-rakan semasa membeli. Masing-masing cuba mencari barang yang diingini pada harga yang paling murah. Jenuh menyemak dan membanding harga untuk setiap satu. Kadang-kadang ada juga barang yang dah diambil terpaksa diletak balik sebab jumpa yang lagi murah. Saya tidak membeli apa-apa dan pergi hanya sekadar menemani mereka untuk membeli-belah.
Esoknya kami keluar lagi dan kali ini destinasi kami adalah Pusat Bandar Kulim. Kami semua sempat makan tengah hari di sebuah kedai nasi ayam berdekatan dengan stesen bas Kulim dan nasi ayam madu di situ agak sedap. Ramai juga yang makan di situ. Servis kedai tersebut juga agak baik dan mereka cekap dalam melayan pelanggan yang ramai pada waktu tersebut.
beliamuda: Kami semua bertujuh menyewa sebuah rumah di Taman KTC.
3 tahun aku dok kat Kulim
Wan Perlis´s last blog about ..Phobia Phoney
@Wan Perlis, skg duk mana? Perlis ke?
selamat berkelana
bila mau datang penang?
@penaberkala, eh..sebelum pi penang kena mai gurun dulu
melawat org senegeri dulu la kan…gurun, sg petani
takpun org penang la buat rombongan mai kedah
along rufaidah´s last blog about ..Teruskan menembak doa!!
@along rufaidah, betul2. orang penang datang la dulu Kedah ni. Penang tu sibuk sangat la…
@penaberkala, hang la datang Kulim dulu. Kami nak pi Penang takde kenderaan. Kereta pehe ni tenat sikit. Nak kena servis dalam 300-2000 dulu.. -_-“
salam bro.good luck for intership kat negeri saya..hehehe
@faizal, wasalam. terima kasih. 🙂
Kat Kulim tu, saya pernah sampai Sedim je..ada program kat situ. Senang2 pergilah mandi manda n berekreasi kat sana~
kepada “Sang Bujang Senang Yang Berkelana”, Semoga berkelana dengan senang dan dipersenangkan dalam semua urusan
ikin´s last blog about ..apabila laut dan pantai berkata-kata..
@ikin, yeah, minggu lepas dah jejak kaki di Sedim. best oh. tq ikin~
cmne duk KTC? best? hehe…
Pisyek´s last blog about ..Latihan industri di Terato Tech
@Pisyek, uish, best sangat.. 😛