(Biasiswa MARA) Tajaan Hanya Untuk Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada bakal pemohon biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau yang bercadang untuk mendapatkan tajaan daripada MARA, hari ini MARA mengeluarkan satu kenyataan penting berkaitan dengan penajaan pelajar di bawah program pembiayaan pendidikannya.

Di bawah ialah petikan daripada berita yang disiarkan dalam BERNAMA.

Mara Hanya Taja Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

IPOH, 3 Jun (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (Mara) mulai tahun depan akan hanya menawarkan tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian luar negara di universiti-universiti tersohor, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Mara akan memberi fokus tajaan kepada pelajar yang dapat tempat di universiti tersohor dan mempunyai reputasi baik seperti Cambridge, Harvard, Oxford, London School of Economics, Imperial College dan Monash University di Australia,” katanya.

Beliau berkata tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana itu juga akan tertakluk kepada bidang tertentu yang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius.

Bercakap pada sidang akhbar selepas melawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak di sini hari ini, beliau berkata dasar baru yang telah dipersetujui kerajaan itu akan membolehkan Mara mengutamakan tajaan untuk penuntut di universiti tempatan.

Mohd Shafie berkata pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan Mara memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan.

“Banyak universiti tempatan mempunyai kualiti dan kemudahan pembelajaran yang setanding dengan universiti-universiti luar negara,” katanya.

*****

Saya kira ini adalah satu berita baik untuk pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam negara pada masa depan. Untuk tahun ini sahaja, dapat diperhatikan persaingan untuk mendapatkan tajaan semakin meningkat.

Tambahan pula, tajaan untuk pengajian di luar negara jauh lebih mahal berbanding pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sedangkan kualiti pengajian di IPT tidak kurang hebatnya.

Diharap, dengan dasar baru dalam penajaan dan pembiayaan pendidikan MARA ini akan membuka lebih banyak peluang kepada bakal penuntut di IPT pada masa depan. Buat masa ini, hanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA sahaja yang mampu menaja pelajar dalam jumlah yang ramai.

beliamuda: Apa komen anda sebagai pelajar dan jika anda seorang peminjam atau ditaja MARA, adakah anda setuju dengan penukaran dasar ini?

38 thoughts on “(Biasiswa MARA) Tajaan Hanya Untuk Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

  1. say cume hendak memberi sedikit komen mengenai tajaan ini…bagi saya agak bagus cadangan mara mengurangkan tajaan bagi ijazah pertama keluar negara…untuk penyetahuan sume…saya grad upm 2007,,then 2008 saye mintak tajaan master keluar negara..dan alhamdulillah dapat…bagi saya,,same je g overseas ngan dalam negara..tapi untuk postgrad,,master dan phd..saye cadangkan pergi keluar negara..lagi senang dapatkan maklumat dan akses journal..sume ade..malaysia agak susah dan terhad…

    bagi mereka yang ingin belajar keluar negara..saya cadangkan,,buat elok2 untuk degree..then master dan phd pergi luar negara..lagipn lame2 kat negara orang bukan best pn…if buat master setahun je..leh bercuti sambil blaja..

    gud luck..:)

  2. salam..sy insyaAllah akan smbg master ujung taun nie di UKM..mcm mane sy nak tau bile sy bole apply scholar MARA ea? TQ.

  3. aku stuju dasar ni… eloklah spm leavers mendpt tajaan dlm negara… Setanding pe ngan luar.. yang bezanya, cuaca, persekitaran, idea dan pendapat pelajar sana or culture… tu aje! Biarlah yang buat master/phd diberi peluang yg lbh besar nk dptkan tajaan mara.

    Dari sudut hati yg jauh, apasal tukar dasar?? Nak overseas!! tak aci tengok suratkabar time rayer, baca greets dari overseas students (spm leavers mostly)! Tak aci tul! yalah…Kos tajaan tak naik lagi…

    Aku sedih gak pasal permohonan spc mara medic aku x berjaya baru2 ni. Interview beres. Mungkin panel tgk results kot. See! Semuanya tengok result. kengkawan aku yang x brape lancar temuduga pun bley dpt coz result trial straight A. Result aku bolehlah dengan 8A.

    dat means..nak dapat tajaan mara nie hanya yang LAYAK jah!!

  4. saya nak tanye,,mara n jpa ni hanye bagi biasiswa kat students yang pergi overseas je ke??
    you taw tak scholaships ape lagi yang taja students dalam negara..??

  5. esok tarikh last nak isi online untuk program ke luar negara. saya budak MRSM yang teringin nak ke luar negera amek course medic. confuse la nak amek MARA ke JPA. tlg bagi suggestion, terima kasih.

  6. Saya teringin nk study overseas , nk cakap cerdik tk lngsungg
    Takut laa thun depan ada pulak add paper igcse .
    Ada peluang tk agaknya ?

  7. saya nak tanya pasal program spc mrsm di uni nottingham. ada sesiapa tahu webpage mana2 yg ada info ttg prog ni? does it has to be like twinning prog or we also can study in m’sia?

    • @amirah, well, dah lupa pasal SPC di Uni Nottingham. Pernah diberi penerangan oleh senior yang belajar di sana lima tahun lepas, tapi dah lupa. Sori.

  8. salam,saye nak tanya. kalau nak mohon biasiswa utk ke luar negara tu kene dpt tawaran ke u yg kite nak tu dulu la ye? then baru apply utk biasiswa ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge