(Video) Ucapan Seorang Anak Untuk Maknya

Salam sejahtera buat semua.

Petang semalam. satu video yang agak menarik telah dihantar oleh seorang rakan kepada saya. Agak menarik juga video tersebut di mana seorang pelajar Malaysia di luar negara telah merekodkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibunya melalui sebuah video.

Menjadikan video ini lebih menarik ialah gaya dan stail ucapan itu dilakukan. Walaupun kelihatan agak sengal, ada mesej yang terselit dalam klip video tersebut. Rasanya, kalau ibu dia tengok memang akan terharu la.

Layankan video tersebut di bawah ini.

satu lagi video klip yg agak kreatif yg di hantar oleh seorng anak yg berada di luar negara.. mesti mak nya terharu melihat video klip ini.. wpun video ni ado lorak utara tp memang sempoi la mamat ni.. mamat ni memang terbaek la.. btuah mak dio dpt anak lawak mcm ni.. papapon, selamat hari ibu..

Deskripsi di atas adalah seperti apa yang ditulis untuk video tersebut dan telah tersebar di dalam Facebook. Saya cuba juga cari siapakah yang kali pertama membawa masuk video ini, namun oleh kerana terlalu ramai yang telah menanda (tag) video ini, usaha itu terbantut. Jika ada sesiapa yang kenal saudara di dalam video tersebut, boleh la kongsikan dengan kami semua.

beliamuda: Apa komen anda tentang video di atas?

30 thoughts on “(Video) Ucapan Seorang Anak Untuk Maknya

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge