Menjadi Mangsa Keadaan, Apakah Tiada Ruang Penjelasan?

Salam sejahtera buat semua.

gari polis

Saya tanya di sini, pernahkah anda menjadi mangsa kepada sesuatu keadaan yang tidak menyebelahi diri anda? Suatu keadaan yang anda sebenarnya tidak bersalah, apatah lagi terlibat, namun dijatuhi hukuman tanpa usul bicara.

Lebih memedihkan lagi, ada suatu persepsi yang menjadi pemberat dalam membuat keputusan itu. Persepsi negatif yang selama ini telah cuba untuk dipadamkan, namun nyatanya ia masih berbekas di hati pemberi hukuman.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila anda antara yang pertama dijatuhkan hukuman bersalah dalam hal itu. Kenyataannya, anda langsung tidak terlibat.

Anda sedar anda dijatuhkan hukuman bersalah, namun anda tidak diberikan ruang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Itupun kalau anda sedar dan tahu apakah keadaan yang sebenarnya. Akhirnya, hal sebenar tidak akan pernah diketahui dan anda akhirnya terpaksa makan hati sendirian.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk menghadapi keadaan seperti ini?

beliamuda: Dalam keadaan yang saya pernah lalui, saya tidak keseorangan makan hati. Ada lagi dua orang yang turut menjadi mangsa keadaan.

35 thoughts on “Menjadi Mangsa Keadaan, Apakah Tiada Ruang Penjelasan?

      • @beliamuda:
        sebab tu sekarang ni aku jadi makin susah nak percaye kat sape2 walaupun kawan2..
        dulu aku kerap jugak jadi mangsa keadaan.. sebab kawan2 aku penah masuk ke ‘dalam’,
        penah kene belasah ramai2, kene tuduh subahat, macam2 lagi ahh..
        walaupun aku takde kaitan langsung dalam hal tu..
        memang perit giler jadi mangsa keadaan.. aku anggap tu sume pengalaman je..
        sabar jela bro.. mungkin tu sume bleh mematangkan lagi diri kita..
        .-= Anarm´s last blog ..Edit theme WordPress di localhost =-.

  1. salam,bro ayie jugak terkian mcm bro menjadi mangsa keadaan dihina dicaci dan dimaki,walhal kita buat sesuatu bukan for personal,for all,tapi majoriti mengalahkan menoriti ayie ambik keputusan menyepi dan memendam rasa jelah,semut didepan x nampak nung gajah diseberang nampak pulak 🙂

  2. memang pernah juga berhadapan situasi macam ni.. jadi mangsa keadaan.. buat kita serba-salah..
    caranya saya settle perkara macam ni, saya tanya semula orang berkenaan apa kesalahan saya yang menyebabkan dia ambil tindakan/buat sesuatu macam tu..
    .-= kulanz´s last blog ..Bila Ayam Berterima Kasih =-.

  3. Macam ada sesuatu je nak diluahkan. Memang sekiranya emosi menguasai seseorang, pastinya akan ada yang menjadi mangsa keadaan. huhu

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge