beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

OST Nenek Kebaya oleh Diana Rafar

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 574 entri

Salam sejahtera buat semua.

nenek kebaya

Drama Nenek Kebaya mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera Laksamana dan membutakan mata ibu angkatnya Mak Inang.

Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam. Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam, Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam.

Intan Sari telah menjelma rupa menjadi Samsiah, manakala Samsiah telah ditukarkan kepada rupa neneknya mengunakan kuasa sihir. Kini Dengan wajah Samsiah (dipanggil Nenek kebaya oleh cucu tirinya kerana sentiasa memakai kebaya) Intan Sari bebas untuk membalas dendam.

Namun hasratnya terhalang apabila dia tidak dapat menahan kepanasan setiap kali terdengar bacaan ayat suci Al Quran. Malah pemandu suaminya yang pandai agama juga dapat merasakan kehadiran kuasa syaitan itu.

Pelakon: Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi,Pekin Ibrahim dan Mariani. Saluran: TV3 / TV9

***

Tamat sinopsis Drama Nenek Kebaya.

Siapa tengok cerita Nenek Kebaya ni? Drama ini disiarkan setiap Isnin sehingga Khamis di TV pada pukul 4.30 Petang dan siaran ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 Malam.

Sejujurnya, saya baru sahaja tengok satu episod. Tu pun tengok sekerat je. Maklumlah, kalau kat rumah ni, lebih biasa menghadap laptop daripada menghadap TV. Kalau di depan TV tu, tengok apa yang adik-beradik saya tengok je la. Best ke tak, layan je la kan.

Tengok duk layan youtube pagi tadi, jumpa la pulak dengan montaj pembukaan drama ni yang dimuat naik sendiri oleh pembikinnya. Jom layan montaj tu jap (lagu Nenek Kebaya nyayian Diana Rafar ni pun best jugak).

Kalau yang rajin cari lagu Nenek Kebaya ni, pasti akan jumpa satu versi audio mp3 yang dirip terus daripada rekod depan TV. Jadi, hasil bunyi tu kurang memuaskan. Ni ada satu lagi versi yang dirip daripada montaj di atas dan telah dibuang bahagian silent pada permulaan tu.

Muat turun lagu Nenek Kebaya >> [Mediafire]

Muat turun montaj Nenek Kebaya >> [Mediafire]

beliamuda: kedua-kedua fail lagu dan montaj di atas bukan dihoskan di blog ini. Kalau ada masalah, boleh tulis di bahagian komen. (^_~)v.

04

December
2009
Masa: 8:00

15 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. aku tgk gak cite ni, tp aku still xphm, nape diana rafar yg jahat tu nk rosak perandakan family suami dia tu ek?
    x-po´s last blog ..PARENTS PILIH KASIH + RM66 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @x-po, dalam episod aku tengok tu, masa ada orang bagi buku hikayat Raja Kembayat kat suami Samsiah tu (diana rafar), ada cerita pasal pergaduhan dan dendam Raja Kembayat dengan Intan Sari.

    Suami dia tu keturunan Raja Kembayat, Samsiah tu keturunan Intan Sari. Sebab tu dia nak balas dendam.

    [Reply]

    adnan sempit Reply:

    @beliamuda,bodo mg

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @adnan sempit, yup, sebab tu la saya belajar.

    [Reply]

  2. ak xpaham pun layan gak,hak3
    best gak cite die
    penaberkala´s last blog ..KENAPA JARI MANIS? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, di kala takde mende nak wat dih.. hikhik~

    [Reply]

  3. citer ni memang famous sgt la sekarang. mana mana aku pergi sekarang ni memang borak tentang nenek kebaya je. hehe. aku pun dah layan jugak dah sekarang ni.

    [Reply]

  4. inahzaki

    tgok jugk,tgok crta melayu best drpd indo yg blmbak skrg ni

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @inahzaki, citer indo panjang sangat… sakit hati nak tengok.. :P

    [Reply]

  5. tamat sudah nenek kebaya ptg td

    start follow nenek kebaya ni sejak cuti sem start
    mule2 rasa tak best sbb rasa mcm merepek + tak fhm slow
    tp setelah diexplain pjg lebar oleh peminat2 tegar nenek kebaya kt rumah ni (mama + adik2 perempuan) tibe2 dh jd peminat jgk.
    along rufaidah´s last blog ..What is ukhuwah really? My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. sEawEeD

    citer le la kata best….tapi aq ska kat lagu dye…cari lirik lagu day tuh satu hari x jumpa lagi..nie yg geram sangat nie… >:(

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @sEawEeD, ambil je yang ada ni dulu… nnt dah ada yg full, share balik…

    [Reply]

  7. citer nenek kebaya nie best giler la…tapi lagu dye lagi best…tapi kenapa intan sari tu nak musnahkan family tuan adam

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nurul hidayah, sebab dendam~

    [Reply]

  8. pingu arjuna

    citer nenek kebaya nie best giler…citer nie bnyk pengajaran sbb dlm citer nie dia terapkn unsur islamik,nilai kekeluargaan dan unsur warisan tradisional melayu.tambahan lagi lagu dia mmg sedap didengar oleh gegendang telinga sy…

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan