Merangkai Kata Yang ke-200

Selamat sejahtera buat semua.

entri-200

Hari ini ada sejarah tersendiri. Hari ini, hari pertama saya menempuh Final Exam yang dimulai dengan Probability and Statistic. Habis pening kepala bermain dengan nombor dan angka untuk dicari kebarangkalian dan statistik berkaitan. Nasib baik buku formula yang tebal tu ada kebanyakan rumus yang panjang lagi pelik tu…

Titisan gerimis pagi mengiringi perjuangan kita.

Perang pertama telah bermula.

Nasib baik tak sejuk sangat dalam dewan. Jelas sekali pelajar lelaki menguasai dewan untuk subjek ini. Maklumlah, kebanyakan yang mengambil peperiksaan dalam dewan ini bermula daripada awal huruf sehinggalah huruf M.

Hari ini juga, entri ini adalah entri ke-200 yang ditulis dan dipaparkan di blog ini. Sempena entri yang ke-200 ni, jom kita tengok statistik terkini blog beliamuda {dot} com.

beliamuda dash stat

Komen spam dua kali ganda daripada komen biasa (tidak ditunjukkan)

Melangkah ke entri yang ke-200, penulisan blog ni masih belum lari daripada berkisar tentang diri sendiri. Maklumah, blog peribadi. Banyak juga menerima teguran dan pendapat daripada rakan dan pembaca. Terima kasih di atas semua itu. Saya amat menghargainya.

Untuk menghubungi saya, boleh gunakan Hubungi.

Untuk membaca mengenai diri saya, boleh baca di Mengenai Penulis.

beliamuda: [1] sedih dan terkejut bila baca di status Gtalk seorang rakan yang mungkin akan membawa diri daripada jurusan Kejuruteraan Kimia pada semester depan… [2] terkejut juga apabila Utusan Malaysia mempraktikkan skil photoshop dalam gambar di akhbar mereka tapi terkantoi dengan Berita Harian dan Harian Metro.

20 thoughts on “Merangkai Kata Yang ke-200

Leave a Reply to nazra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge